Friday, May 30, 2008

TIADA PENTARBIYYAHAN PERJUANGAN DALAM DIRI, EZAM KEMBALI KEPANGKUAN UMNO

بسم الله الــــــــــــــرحمن الرحيم

الحــــــــــــــمد لله رب العاليمن والصلاة والسلام على أشــــرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله أجمعين

Rasulullah saw diutuskan Allah kepada umat akhir zaman dengan membawa satu misi ummah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan ummat akhir zaman mengenali siapa itu Allah swt, mengenali Islam dan tuntutannya. Hakikatnya juga, misi penyebaran risalah ini tidak memadai dengan adanya Rasulullah saw semata, tetapi, betapa baginda mengajar umatnya bekerja dalam satu jamaah yang dikenali sebagai jamaah Islam.

Sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi ini, peranan untuk menyambung risalah dakwah dan risalah yang lebih 1400 tahun dahulu dibawa dan diperjuangkan oleh baginda Rasulullah dan para sahabat baginda WAJIB diteruskan. Ini kerana peranan para khalifah sebagai pengganti para nabi, menegakkan agama dan mentadbir urus dunia ini dengan agama (Islam) yang ditegakkan.

Oleh itu, tuntutan berjuang dan bersama-sama jamaah Islam dan perjuangan Islam tidak boleh dipertkaikan lagi. Kita hidup di dunia ini akan kembali semula kepada Tuhan yang empunya diri dan segala. Segala tindak tanduk kita akan dipersoalkan oleh Allah swt. Maka, apakah jawapan kita terhadap keengganan kita membantu kerja-kerja usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini dan memakmurkan dunia dengan agama Allah ini? Firman Allah swt dalam surah Al-Mukminun ayat 115-116 yang bermaksud ;

Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main sahaja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?, Maha Suci Allah, raja yang sebenarnya, tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia.

Kita juga seharusnya meyakini dan mengimani bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kita dengan tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dan kemana akhirnya kehidupan mereka. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 36 yang bermaksud ;

Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan para rasul pada tiap-tiap ummat (untuk menyeru) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah thoghut itu. Maka, diantara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang pasti kesesatannya.

Justeru, perjuangan mempertuankan Islam di muka bumi bukan satu misi yang boleh dipertikai dan diprkotak katikkan oleh sesiapa pun. Namun kini, wujud manusia yang mempermain-mainkan isu ini dan bagi saya, inilah orang yang tiada ilmu pada dirinya.

Isu kembalinya Ezam Mohd Nor dan beberapa rakan lain daripada PKR bagi saya bukanlah perkara yang pelik dan mengejutkan. Dalam aspek politik tanah air, mungkin ini satu berita gembira bagi UMNO dan BN kerana orang yang dianggap "singa" dalam menuntut keadilan terhadap mantan TPM dahulu Dato' Seri Anuar Ibrahim kini sudah kembali semula kepangkuan UMNO dan mereka menafsirkan akan lemahnya pentadbiran PKR dan PKR diambang kemusnahan.

Secara peribadi, sebenarnya saya daripada awal penubuhan PKR hingga kini, saya tidak berapa setuju akan kewujudannya dan perjuangannya masih kabur. Ini kerana, penilaian peribadi saya PKR wujud kerana hendak memperjuangka keadilan Dato' Seri Anuar Ibrahim sahaja pada awalnya. PAS yang ditubuhkan lebih 50 tahun di Malaysia hingga kini, sememangnya menyatakan dasar perjuangannya untuk memartabatkan Islam dan memastikan segala perundangan Islam diguna pakai.

Namun kini, PKR sudah pun mempunyai kuasa dalam politik. Pakatan Rakyat dibentuk untuk mewujudkan satu kerajaan yang adil dan mementingkan kuasa rakyat dan kebebasan rakyat terbela melaui hak-hak mereka. Penafian 2/3 mejoroti kerusi di Parlimen milik BN merupakan kemenangan besar dalam sejarah pembangkang. Namun, dalam usaha untuk mewujudkan kerajaan dibawah kuasa rakyat, waktu inilah Ezam dan beberapa teman mendatangkan fitnah kepada PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya dengan menyertai semula UMNO dan BN. Inilah dia umpama "sudah meludah, dijilat semula".

Ezam dan temannya yang goyah pendirian itu, menyatakan bahawa kembalinya mereka dalam UMNO kerana sifat pemimpin PKR yang tidak konsisten dalam parti. Sikap suka cakap lain kepada orang ini dan lain pula kepada orang itu, menyebabkan merek tidak lagi mempercayai dan tidak lagi mahu komited dengan PKR.

Apa pun alasannya, apa pun hujjahnya, bagi saya, inilah dia hasil daripada tiadanya pentarbiyahan dalam parti. Berlainan dengan PAS. Walaupun PAS sibuk berusaha untuk manawan malaysia dan mewujudkan kerajaan Islam Malaysia, tetapi, tarbiyyah demi tarbiyyah diperhebatkan dan diperdalami kepada semua ahli sama ada ahli tertinggi atau ahli biasa. Ini amat penting dalam memastikan, setiap ahli memahami konsep perjuangan yang dibawa oleh PAS dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia mendepani segala mehnah, tohmahan yang dilemparkan. Inilah kepentingan tarbiyyah.

Pentarbiyahan dalam PAS tidak tertumpu kepada konsep Usrah sahaja, tetapi melalui aktivi kuliah, ceramah dan kelas pengajian yang dianjurkan secara komited oleh pucuk pimpinan PAS antara faktor mengapa kes seperti Ezam dan beberapa kawan-kawannya amat kurang berlaku di dalam PAS, dan tidak melampau juga bagi saya kalau saya kata, kes seperti Ezam yang menjilat semula ludahannya itu tidak pernah berlaku di dalam PAS.

Inilah kesannya jika kita berjuang kerana individu. Apa yang individu yang kita perjuangkan itu boleh bagi pada kita untuk memuaskan kita? Apakah pula ganjaran yang besar selain ganjaran Allah kepada kita yang boleh diberikan oleh seorang manusia? Ingatlah, sesungguhnya kami pendokong Islam insyaallah tidak akan sesekali mengkhianati jamaah kami seperti mana Ezam dan kawan-kawannya mengkhianati PKR.

Besar harapan saya kepada pendokong gerakan Islam, tetapkanlah iman dan matlamat untuk memperjuangkan agama Allah ini

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN