Sunday, May 25, 2008

Pembatalan MoU Muadalah : Antara Pro dan Kontra

بسم الله الرحمن الرحيم

الحـــمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجــمعين

Apabila pihak pengurusan Universiti Al-Azhar mengeluarkan kenyataan bahawa, pihaknya membatalkan secara rasmi pengambilan para pelajar Malaysia yang mengikuti program pengajian berkembar (muadalah), secara amnya mendapat reaksi habat dari penduduk Malaysia amnya dan para pelajar khasnya, terutama pelajar yang bakal datang ke bumi anbiyak ini melalui sistem ini.

Secara dasar, pembatalan sistem ini yang diminta sendiri oleh kerajaan Malaysia mencerminkan betapa pelajar agama ini di "anak tiri" kan oleh kerajaan. Sebagaimana keterangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di Parlimen lalu, beliau menyatakan tujuan kerajaan membatalkan sistem ini kerana pasaran kerja di Malaysia bagi mereka yang gradua agama ini amat kurang selepas pemegang ijazah ICT.

Adakah sama pelajar yang mendalami ilmu agama Islam ini jika dibandingkan dengan pelajar lain? Bukan bertujuan untuk mewujudkan "double standard" untuk menyatakan pelajar jurusan agama lebih baik berbanding yang bukan jurusan agama. Hakikatnya ilmu itu milik mutlak Allah swt. Cuma, jika kita lihat dengan teliti, pelajar jurusan agama ini sememangnya dipandang rendah oleh masyarakat Malaysia. Seorang pelajar yang mempunyai ijazah jurusan agama ini walaupun graduanUniversiti Al-Azhar sendiri, bagi masyarakat kita, layaknya mungkin di J-Qaf, masjid-masjid atau surau sebagai imam mahupun bilal ataupun guru agama.

Berbalik kepada pembatalan MoU muadalah ini. Apakah dia "muadalah". Secara mudah boleh saya nyatakan, muadalah ini adalah satu program pengajian berkembar antara mana-mana institusi pengajian Islam tertentu dengan universiti tertentu, sebagai contoh, Universiti Al-Azhar. Mengambil Institusi Pengajian Islam A sebagai contoh, mempunyai perjanjian dengan Universiti Al-Azhar dimana, para pelajar institusi ini belajar selama dua tahun sebagai contoh dan disambung dua tahun di Universiti Al-Azhar dalam bidang yang sama untuk menamatkan program ijazahnya.

Pelajar yang menyambung pengajiannya melalui sistem ini, akan datang ke Universiti Al-Azhar dan mereka wajib menduduki peperiksaan khas untuk menentukan tahun pengajiannya di sini. Soalan-soalannya daripada subjek-subjek yang telah dipelajari di institusi masing-masing sebelum ke Universiti Al-Azhar. Jika keputusan ujian khas ini memberangsangkan, pelajar ini akan ditempatkan ditahun akhir pengajian jika tidak, akan menyambung kembali dalam tahun tiga. Maknanya, pelajar muadalah ini hanya setahun atau dua tahun sahaja (jika lulus) belajar di Universiti Al-Azhar ini.

Saya mahu mengajak sahabat berfikir bersama. Adakah cukup dengan tempoh masa setahun atau dua tahun ini untuk mendidik diri menjadi insan yang bakal mengubati penyakit ummah yang kini tenat di tanah air kita. Untuk mendidik diri dan jiwa kita inim bukan satu perkara yang mudah. Bukan semudah untum mendirikan bangunan pencakar langit. Dengan adanua modal dan plan juga kontraktor yang mahir, maka bangunan ini akan terbina dengan cepat mengikut tarikh yang ditetapkan. Jiwa manusia mepunyai satu unsur yang sukar untuk dibentuk mahupun ditempa iaitu roh. Dengan adanya roh, maka adanya nafsu keinginan pada diri kita.

Soal roh, apakah itu roh? Bagaimana rupanya? itu urusan Allah sebagaimana mafhum firman Allah

Dan jika mereka bertanya kepada (wahai Muhammad) mengenai roh, maka jawablah ia urusan tuhanku...

Bagaiman pun, Islam memberi garis panduan bagaimana untuk mendidik roh. Salah satu cara untuk mendidik roh dan jiwa ialah dengan mempelajari ilmu agama. Di Mesir, untuk mempelajari ilmu bukan sekadar di universiti sahaja bahkan, terlalu banyak tempat mengaji dan ramai masyaiekh yang sedia mencurahkan ilmunya. Dengan mendekati para ulama dan masyaiekh inilah, jiwa kita sentiada aman dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Tempoh mendidik jiwa bukan memakan masa setahun, dua tahun atau empat tahun. Imam Nawawi sendiri meletakkan syarat untuk memahami ilmu agama ini selama 40 tahun. Kita pun sedia maklum bagaiman Imam Nawawi ini menyibukkan diri beliau dengan ilmu sehingga mana makan dan minumnya disuap kemulutnya kerana tidak mempunyai masa untuk itu demi memastikan kesinambungan ilmu itu tidak putus.

Namun kita kini tidak perlu seperti Imam Nawawi yang perlu disuap makan minum kerana kita sibuk mengkaji ilmu. Cuma kita perlu mengorbankan sedikit masa untuk ilmu dan memahaminya. Secara peribadi saya, setelah saya memahami sistem muadalah itu, saya kurang bersetuju akan sistem ini. Bagi saya, para pelajar agama kini terutamanya Azhariyun dan Azhariyat seharusnya mengikis sifat belajar kerana mencari tangga gaji yang tinggi bila pulang kelak kerana, ummah kita kini terlalu tenat dari aspek rohani jua jasmani. Maka perlu ada ramai "doktor pakar" untuk menyedikan penawarnya.

Adakah cukup masa setahun, atau dua tahun? Sedangkan yang datang menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar yang bukan muadalah sendiri pun tidak semestinya faqih dan alim, masakan yang sekadar setahun dua.

Tidak dinafikan, adanya pelajar yang sememannya hebat-hebat terutama pelajar muadalah yang pernah belajar dipondok-pondok, namun, bilangan mereka kecil berbanding keperluan masa kini. Nilai ilmu itu bukan dinilai melalui ijazahnya tetapi melalui keperibadian tinggi serta pembawaannya kepada ummah untuk menjaga kemaslahatan ummah sepaya tidak terpesong pada jalan Allah.

Marilah kita berfikir bersama. Sungguh pun begini, disudut hati saya, merasakan, pembatalan sistem ino sememangnya menzalimi pelajar agama. Jika dahulu, bantuan perkapita kepada SAR ditarik balik, SAR ditutup, kini, muadalah pula dibatalkan...adakah ini negara Islam Hadhari...

Tepuk Dada Tanya Iman



0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN