Sunday, May 18, 2008

Balik Malaysia

سم الله الرحـــــــــــــــــمن الرحيم

لحـمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين

Bila hati ini tiba-tiba terdetik, manggamit rasa ghairah dan rindu untuk pulak ke Malaysia. Tanah air tempat tumpah darahku. Siapa yang di perantauan tidak kita dimana jua yang tidak tergamit dihati walau sedikit pun untuk menjenguk tanah air sendiri setelah lama meninggalkannya. Bagi diri saya pula, pengalaman pulang ke Malaysia walaupun baru setahun sahaja berada di Mesir pada 27 Julai 2007 hingga 27 Oktober 2007 iaitu tiga bulan bukan satu masa yang lama. Ternyata, perasaan ghairah untuk pulang lagi kembali menggelodak.

Namun, saya mahu mengajak para pembaca yang saya muliakan untuk merenung kembali apakah tujuan asal kita terbang ke bumi anbiyak ini. Apakah dengan bermodalkan tiket kapal terbang GulfAir yang berharga RM 1550 setika itu dan beberapa jumlah not empat angka sebagai bekalan untuk tiga bulan pertama di Mesir dan not tiga angka daripada FAMA ( Father and Mather ) sekadar untuk melancung ke Semenanjung Sinai, Matroh dan Siwa atau mungkin lebih dekat daripada keduanya iaitu Iskandariah yang menjadi tumpuan ikhwah dengan keindahan pandainya dan beberapa daya penariknya atau mungkin juga yang agak jauh dari semuanya iaitu Uswan?...


Saya terlalu sedih bila mengenangkan ada diantara sahabat Al-Azhar saya yang secara sombong menyatakan

“ Kau nak buat ape cuti lama-lama di Mesir ni, imtihan habis bulan jun…kuliah untuk sessi depan mula bulan September, selalunya…rancak bulan oktober…Kita ada masa selama 3 bulan atau 4 bulan…nak buat apa duduk mesir…baik balik Malaysia…”

Agak luluh juga hati saya dengar pandangan bersahaja ini. Luluhnya hati bukan kerana egonya yang tiada nilai apa-apa itu tetapi, mengenangkan dia kawan saya dan betapa tidak pandainya dia menilai serta mengenang kembali tujuan asalnya ke sini.

Ada juga yang berpandangan

“ Baik aku balik cuti nie, kerja…ringankan beban mak ayah aku…tak perlulah mereka berbelanja besar untuk aku setiap bulan … ”

Secara peribadi dan secara amnya, saya amat menghormati alasan ini dan amat menyanjung tinggi akan niat baiknya meringankan bebanan orang tuanya.

Cuma, marilah kita sama-sama berfikir, kedua ibu-bapa kita sama ada kita daripada keluarga susah, sederhana mahu pun berada, mereka berdua seboleh-bolehnya menyediakan segalanya untuk kita demi memastikan anaknya mendapat ilmu yang cukup dan menjadi orang yang berguna dan berjasa tempat mereka berdua bergantung nasib kelak. Susah macam mana pun mereka, seboleh-bolehnya mereka akan sorokkan daripada kita dan sentiasa akan berkata “inyaallah nak…jika itu rezeki kita, tidak akan mana…”.

Bagi padangan bersahaja yang pertama dinyatakan tadi, apakah anda seorang pelajar yang hanya dating kebumi Anbiyak ini semata-mata untuk menumpang glamor “ ooo…inilah dia ana si fulan tu yang belajar kat Mesir” atau semata-mata nak melancung atau nak merasa bagaimana keadaan seseorang yang bergelar “mahasiswa over sea”. Dengan membelakangi nilai ilmu dan tujuan asal untuk mencari ilmu sebanyak mungkin selama mana di sini.

Bukankah kita orang Malaysia?...Bukankan kita lahir di Malaysia?... Bukankah juga ibu bapa kita, adik beradik serta kaum keluarga sahabat handai kita juga orang Malaysia yang menetap di Malaysia. Rumah kita pun di Malaysia, pasangan hidup kita pun orang Malaysia. Apalah salahnya jika empat tahun ini tidak makan ikan bilis, tidak merasa enaknya lauk tanpa belacan, serai, halia hidup, kunyit hidup, kerbuk juga atau kumak atau lainnya. Apalah salahnya juga jika selama mana kita menuntut ilmu Allah di Mesir ini kita lupakan sementara bagaimana damainya kampung kita, indah dan meriahnya Danga Bay, laju pecutan motor atau kereta kita yang ditinggalkan dikampung, tingginya menara kuala lumpur dan KLCC. Semua ini hanya sementara, sementara semata. Selepas tamat pengajian, silalah nikmati semua semua ini.

Adakah kita lupa, kita sememangnya orang Malaysia yang dilahirkan di Malaysia. Daripada hanya tahu menangis bila lapar atau buang air, hingga kepada mula mengesot dan merangkak serta bertatih terus kepada berjalan setapak demi setapak dan hingga bergelar pelajar sekolah rendah, menengah. Ada juga yang sempat bergelar mahasiswa IPTA/IPTS sebelum tiba di Mesir. Wajarkan dengan tempoh 4 tahun atau lebih sedikit dan ada yang lebih beruntung hanya bertempohkan 2 tahun dan ada juga setahun sahaja tempoh pengajiannya di Al-Azhar tetapi ghairahnya umpama sudah 40 tahun meninggalkan Malaysia tanpa pulang walau sekali.

Sahabat yang budiman. Penggarapan ilmu pengetahuan serta mengadaptasikannya pada diri amat perlu dimulakan dan pada saya, Mesir inilah institusi “pelatih” jiwa serta kerahanian serta kesabaran yang mantap. Ini kerana, bukan sahaja kiblat ilmu terletak di Mesir ini, bahkan bumi ini pernah didiami oleh Nabi Musa dan Harun dan tidak ketinggalan juga Hamman dan Fir’aun. Ramainya auliyak dan kelas ilmunya yang tidak terbilang yang langsung tidak terdapat di Malaysia sewajarnya digunakan sebaik mungkin. Ini kerana kita sekarang berada pada kondisi “Ulama’, Da’ie And Umara In The Making”. Jika Madrasah Misriah yang kita diami sekarang ini tidak digunakan sebaik mungkin, bagaiman kita hendak menjadi penawar racun dunia yang telah membarah dalam jiwa ummat manusia di Malaysia amnya dan dunia Khasnya.

Ingatlah sahabat sekalian, kita diutuskan oleh Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan dunia ini. Sebagai khalifah dan sebagai “ pemakmur “ bumi, sewajarnya kita meletakkan diri kita sentiasa dalam mood bersedia demi memastikan tugas yang di amanahkan Allah kepada kita tidak disia-siakan. Khalifah ini adalah “pengganti para rasul, menegakkan agama serta memakmurkan (menguruskan) dunia dengan agama yang telah ditegakkan”

Sedarlah sahabat sekalian, kepulangan kita amat dinanti-nantikan oleh masyarakat. Kepulangan bukan sekadar dengan segulung kertas nipis yang tertaip “ B.A (Hons) Syariah/Usuluddin/Bahasa” yang dicop oleh Universiti Al-Azhar atau mungkin juga dengan gah lagi kertas yang tertaip padanya “ M.A Al-Azhar, Amarican Open Universiti” atau lain-lain tetapi kepulangan dalam keadaan bersedia siaga sentiasa untuk merawat penyakit ummah.

Renungilah dan fikirkanlah bersama. Secara peribadi, pulang ke Malaysia sesekali sepanjang berada di sini, bukanlah masalah tetapi cukup hanya sekalr dua tau tiga bulan. Amat sedih saya jika ada yang pulang lebih dari empat bulan kerana mood kuliah amat rancang ketika itu dan seolah-oleh dia bukan pelajar Al-Azhar. Apa yang lebih menyedihkan jika mana, tiap-tiap tahun balik Malaysia. Saya akui dengan tanpa membelakangi itu merupakan hak masing-masing dan tiada sebarang hak pada saya khasnya dan orang lain amnya untuk menghalang, Cuma, tujuan entri ini adalah untuk mengajak sahabat BERFIKIR DEMI ISLAM.

“ Tepuk Dada … Tanyalah Iman ”


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والله تعالـــى أعلم


0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN