Sunday, May 18, 2008

ِِِِApabila Manusia Sombong Dengan Tuhannya

بسم الله الرحـــــــــــــــــمن الرحيم

الحـمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشـرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجـمعين

Sedih dan pilu rasanya hati ini bila saya membaca tajuk utama berita harian metro hari ini (Edisi Isnin, 28 April 2008) yang mengisahkan satu aktiviti bebas yang jelas bercanggahan dengan syarak dan jauh terpesong dengan adat jua budaya kita sebagai ummah Mohd s.a.w yang mengakui Allah itu tuhan dan Mohd s.a.w. itu rasulNya. Budaya dimana mencerminkan betapa rosak binasanya ketamadunan ummat kini yang mirip kepada ketamadunan jahiliyyah yang telah berlalu lebih 1400 tahun lalu.

Pesta bebas dengan disajikan dengan seks rambang juga seks luar tabi'ie, arak, dadah, penari yang menghairahkan serta bermacam-macam lagi unsur perosak akidah jua akhlak seolah-olah telah menjadi satu budaya yang bersifat biasa dengan masyarakat kita. Program maksiat seperti ini kerap kali dianjurkan sama ada daripada orang perseorangan mahu pun syarikat-syarikat tertentu. Alasan "mahu enjoy sedikit selepas penat bekerja" dan alasan "ingin menjaga hati pelanggan" sebagai "lesen" bagi membenarkan aktiviti mereka yang sememangnya mengundang kemurkaan Allah .

Apakah kita masih tidak insaf dengan pelbagai peristiwa bencana alam yang acap kali berlaku di negara kita, Malaysia? Apakah masih menunggu azab demi azab yang datang dari Allah atas perbuatan laknat ini baru mahu menginsafi atau pun hendak di "kiamat" kan terus dunia baru semua ini akan berakhir?. Apakah tidak cukup dengan peristiwa menyayat hati Desember 2005 dengan kejadian Tsunaminya yang diperlihatkan kepada kita Malaysia tidak terkecuali merasai bahananya. Bagaimana pula dengan beberapa siri gegaran yang berlaku di Semenanjung Malaysia sedangkan jika mengikut teori akal melalui geografi, Malaysia adalah salah satu negara yang terselamat daripada bencana alam kerana kedudukan Malaysia yang strategik. Malaysia juga terkeluar dari "lingkaran api pasifik" dimana tidak akan berlakunya gempa bumi dan letusan gunung berapi dan lain-lain benca dahsyat. Adakan dengan semua ini, kita bileh tersenyum lebar dengan gah mendabik dada mengatakan, "tidak mengapa, Malaysia kita selamat..."

Ingatlah sahabat, memang diakui jika umat para nabi dan rasul terhadahulu, jika mana mereka ingkar akan suruhan Allah dengan membelakangi arahan serta ajakan nabinya, maka Allah akan menghancurkan ummat tersebut dengan azab yang terlalu dahsyat sehingga mana hilang segitu sahaja ketamadunan mereka ditelan bumi. Bagaimana dengan kaum 'Aad dan Thamud dengan teknologi mereka boleh mamahat gunung ganang menjadi bangunan dan tempat tinggal. Begitu juga dengan kaum nabi lain seperti nabi Musa, nabi Hud dan lain-lain. Kemana perginya tamadun hebat mereka? Semuanya lenyap dibawa angin dek kerana ingkar akan ajaran Allah melalui Rasulnya. Tetapi amat beruntunglah ummat Nabi Mohd s.a.w kerana tidak diazabkan secara langsung oleh Allah kepada kita atas keingkaran dan kebiadaban kita. Sewajarnya kita bersyukur akan anugerah ini, namun, rupanya sebaliknya yang berlaku.

Nabi Mohd s.a.w telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun dan kita, Alhamdulillah, dilahirkan pada suasana Islam telah tersebar luas diseluruh dunia hingga ke negara kita Malaysia. Kita dilahirkan dengan ibu bapa beragama Islam dan keturunan kita pun beragama Islam tetapi mengapa langsung tiada terdetik dihati untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur. Betapa Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda bergadai nyawa menyumbang tenaga demi memastikan generasi kini menerima Islam dengan mudah. Tetapi apabila kita berada dalam kondisi selesa begini, rupanya, kita menjadi orang yang menderhakai Allah. (wali'azubillah...)

Tetapi, apa pun penyelesaiannya, biarpun berpuluh hatta ribuan pakar pemikir serta cerdik pandai dihimpunkan demi mencari resolusi merawat penyakit ummah kini tidak sesekali akan menyumpai jalan penyelesaian jika HUKUM ALLAH BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH tidak diambil guna. Apa pun penyelesaian serta hukumannya, walaupun hukuman yang berat tetap sesekali tidak akan memulihkan hati masyarakat kita.

Buktinya?... Terlalu mudah untuk diperkatakan. Lihat sahaja pengedar dadah. Jika dahulu pengedar dadah tidak dibunuh tetapi kini, pengedar dadah dengan kapasiti melebihi 5 g dadah, sabit kesalahan, akan dihukum bunuh iaitu gantung sampai mati. Lihat pula perogol, peliwat dikenakan hukuman penjara juga sebatan. Saya berpeluang melihat demonstrasi hukuman sebat, cukup menyeksakan bagi saya sedangkan ISLAM TIDAK AJAR SEDEMIKIAN RUPA. Malah baru-baru ini saya dan kawan saya menonton berita online warta TV3, dua orang lelaki yang merogol dan meliwat seorang gadis dikenakan hukuman lebih 100 tahun penjara dan lenih 60 kali sebatan. Dimana perginya kewarasan fikiran kita. Islam tidak pernah mengajar serta menyuruh sedemikian rupa. Malah, ada juga suara lantang salah seorang penguasa kita di Malaysia supaya setiap lelaki yang bersalah kes rogol dan seumpamanya, di "kasi" kan sahaja iaitu dibuang testisnya agar tidak lagi bernafsu. Inilah yang akan terjadi kesan kesombongan manusia kepada Tuhannya. Bila ego menguasi diri, mandabik dada dengan setitis ilmu yang Allah pinjamkan, sudah berani hendak melanggar hak Allah. (wali'azubillah). Semoga Allah mengampunkan beliau.

Ringkasnya, semakin hari semakin berat hukuman dibuat. Akta khas digubal demi menjaga keselamatan kanak-kanak dan wanita rentetan peristiwa menyayat hati adik Nurin Jazlin. Namun, apakah kesannya? Adakah ia berkurangan? Jawapannya tidak. Lihat sahaja beberapa lagi kes serupa kes adik Nurin yang masih tidak tahu apakah nasib mereka.

Inilah da apabila ALLAH TIDAK DITAKUTI, MANUSIA AKAN LARI DARI FITRAH SEBAGAI SEORANG MANUSIA YANG BERFIKIRAN WARAS yang hanya akan mengikut kehendak nafsu yang sesekali tidak akan puas.

Kembalilah kepada Islam. .Berhukumlah dengan hukumINILAH SAJAHA PENAWARNYA DAN TIADA PENAWAR LAIN LAGI Islam yang berpandukan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias demi menjamin masa depan ummah gemilang. Peredaran waktu yang dilalui menjadi bukti betapa hancurnya tamadun kita dengan kepesongan akidah dan hancurnya akhlak ummat kini.

Kembalikan kegemilangan Islam sewaktu zaman Mohd s.a.w. Zaman dimana diberkati Allah akan negaranya serta dibukakan keberkatan daripada bumi dan langit. Ingatlah, masa depan itu hanya milik Islam.

وصلى على سـيدنا محمد وعلى أله وسـلم
والله تعالى أعــلم

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN