Tuesday, May 20, 2008

PAKLAH DAN UMNO

بسم الله الــــــــــــرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أأشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعن

8 Mac 2008 telah dua bulan berlalu. Setelah lebih 50 tahun negera kita menikmati kemerdekaan dan setelah lebih 50 tahun juga UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) memerintah negara, negara kita tidak pernah mencatat sejarah kerajaan yang salama ini dijulang tinggi dan disanjungi, kehilangan "kuku" dan "taring"nya. Sejarah Pilihan Raya Umum Malaysia semenjak tahun 1955 hinggalah PRU ke 11 pada tahun 2004, Barisan Perikatan yang kini BN yang diterajui oleh UMNO sebagai kuasa parti komponen yang terbesar, kini terpaksa akur bahawa mejaroti 2/3 daripada kerusi Parlimen kini milik Barisan Alternatif dan ironinya juga, UMNO dan BN juga kena mengakui bahawa, kuasanya pada lima buah negeri juga telah hilang iaitu di Perak (PAS), Selangor (PKR), Pulau Pinang (DAP), Kelantan (PAS) juga Kedah (PAS).


KREABILITI DATO' SERI ABULLAH SEBAGAI PM DIPERSOAL

kejutan ini memberi perbagai impak yang tidak didugai. Antaranya, orang-orang kuat di dalam BN mula menuding jari kepada individu yang dikatakan menjadi punca kekalahan yang tidak diduga. Lebih mengejutkan, ada dikalangan orang kuat UMNO meninggal dunia kerana tidak dapat menerima kekalahan UMNO BN yang teruk.

Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Tan Sri Razalegh Hamzah secara berani menggesa PM sebagai Presiden UMNO membuat satu menyuarat tergempar bagi mengkaji dengan lebih mendalam apakah sebenarnya punca kekalahan teruk UMNO dan BN. Malah, kerabat Kelantan ini jugalah satu-satunya calon yang berani mencabar Pak Lah untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Disember ini.

Disinilah bermulanya tekanan terhadap YAB Perdana Menteri Malaysi ke 5 YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Bemula keputusan PRU 12 diumumkan hingga kini, Pak Lah dalam dilema. Asakan demi asakan daripada ahli UMNO sendiri menyuruh beliau berundur semakin jelas disuarakan tanpa takut kehilangan kuasa mahupun ugutan demi ugutan. Tambah menarik, mantan PM malaysia ke 4 YA Bhg Tun Dr Mahadhir Mohd, yang pertama kalinya menyampuri urusan kerajaan yang diterajuinya selama 22 sebagai PM selepas bersara 2003 ialah isu Jambatan Bengkok yang menghubungkan antara Malaysia (Johor) dan Singapura. Selepas dari itu, komen demi komen dan pandangan peribadi daripa beliau terhadap Pak Lah mula bertalu talu antaranya isu kedaulatan negara kerana pembatalan projek jambatan indah di Johor, isu tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri yang dikuasi oleh anak menantunya yang ketika itu tidak menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan Malaysia hinggalah kepada isu kekalahan teruk UMNO BN pada PRU 12 lepas. Sehingga kini, Tun Dr Mahadhir menyarankan agar Pak Lah berundur daripada jawatan PM dan presiden UMNO.

Kreabiliti Pak Lah semakin dipersoal dan beliau kini menhadapai krisis dalam UMNO yang cukup memeningkan kepala. Bukan sekadar Tun Dr Mahadhir yang secara berani menggesa Paklah berundur, bahkan, anak beliau (Tun) Dato' Mukhriz Mahadhir juga menghantar surat kepada Pak Lah agar beliau berundur.

Desakan daripada beberapa tokoh UMNO untuk Pak Lah berundur menambahkan lagi "sakit kepala" Pak Lah dalam menangani masalah ini dan untuk membersihkan kembali nama baik beliau.

Dalam daripada itu, beberapa tokoh yang dahulunya menuding jari kepada anak menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin (KJ) yang mana, sifat "kebudak-budakan" KJ merupakan antara faktor utama kekalahan UMNO dan BN.

Selain itu, bekas Ahli Parlimen Merbok juga mantan Menteri Penerangan Malaysia Dato Seri Zainuddin Maidin yang terkenal dengan sifatnya yang suka "merapu" juga pandai mengata bahawa usaha UMNO selama ini untuk manawan Kelantan sebagai satu usaha yang membazir wang rakyat. Hasilnya...Kelantan tetap mengekalkan pemerintahan Ulama di bawah pimpinan YAB Dato' Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai Menteri Besar. Beliau juga menyatakan usaha ini amat sia-sia sama sekali dan keghairahan UMNO dalam usaha menawan kembali Kelantan menyebabkan, Kelantan yang dikejar tidak dapat, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang pula jatuh kepada BA. Ibarat "yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran". Malah Pulau Pinang adalah negeri YAB Perdana Menteri. Inilah sejarah 50 tahun pemerintahan UMNO dimana Perdana Menteri datang daripada negeri yang diperintah oleh pembangkang (DAP).

KRISIS ISTANA : MELAYU UMNO PENDERHAKA

Ditakdirkan Allah swt setelah Pakatan Rakyat memenagi beberapa buah negeri dan salah satu daripadanya berlaku sedikit masalah teknikal dalam memilih Menteri Besar iaitu di Perak. Masalah ini sudah dijelaskan oleh wakil Pakatan Rakyat namun, pelbagai tohmahan dilemparkan demi memburukkan kuasa Pakatan Rakyat dan kononnya hendak menunjukkan kepada rakyat negeri Perak khasnya dan rakyat yang mengundi BA amnya betapa kerajaan pilihan hati rakyat ini lemah dalam soal pentadbiran.

Namun, Allah jualah sebaik-baik Hakim. Apabila DYMM Sultan Perak berkenan melantik YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar Perak yang baru, dalam masa yang sama, Pak Lah juga memberi watikah MB Terengganu kepada "Abu Hadhari" Terengganu iaitu Dato' Seri Idris Jusuh tetapi, pihak Istana tidak memperkenankannya. Maka nampaklah...mana yang lemah sebenarnya. Sehingga Istana dikecam hebat oleh UMNO dan koncu-koncu Idris Jusuh. Sultan Terengganu, kini Yang Dipertuan Agung Malaysia ke 13 yang diwakili oleh Majlis Penasihat Pemanggu Raja Terengganu (MPPR) tidak berkenan dengan lantikan Idris Jusuh sebagai MB di Terengganu kerana sifatnya yang rakus dan melantik orang yang tidak mendapat "restu" Pak Lah iaitu Dato' Ahmad Said. Inilah sejarah dimana, pihak istana memainkan peranan sebenarnya demi memastikan keselesaan rakyat terjamin.

Puak-puak yang tidak bersetuju dengan pihak istana membantah dengan mengadakan tunjuk perasaan jalanan yang dahulunya disifatkan oleh UMNO "ini bukan budaya kita" dan diumpamakan oleh menantu kesayangan Pak Lah, KJ sebagai "beruk-beruk dijalanan". Inilah keadilan Allah.

Krisis ini berlarutan sehingga pihak Istana disifatkan sebagai "binatang" dan sebagainya. Inilah dia penderhaka melayu yang sebenar. Jika Ketua Pemuda UMNO Pusat Dato' Seri Hisyammuddin Tun Hussain sentiasa menjunjung kerisnya sebagai simbol kedaulatan malayu dan sebagai simbol kuasa Raja-Raja melayu, juak-juaknya pula menderhaka kepada Sultannya. Daulat Tuanku, patik hamba rakyat tetap menyokong Tuanku.

Namun, UMNO masih lagi berani dan terus berkuasa. Mengakui bahawa Pak Lah hanyalah PM iaitu memanda kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, akhirnya terpaksa akur dengan keputusan pihak Istana menolak perlantikan Idris digantikan Ahmad Said. Pak Lah juga bertindak sebagai "lelaki sejati" dengan menyatakan beliau sedia mengadap DYMM Yang Dipertuan Agung untuk memohon ampun. Namun, "drama sipenderhaka" ini tidak berakhir begitu sahaja. Juak-juak Idris Jusuh termasuklah Idris sendiri menyatakan secara berani untuk memulaukan Majlis Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Dato' Ahmad Said di Istana Terengganu. Penderhaka tetap penderhaka.

Walaupun krisis ini telah berkahir dan Idris Jusuh juga telah memohon ampun daripada baginda Tuanku namun, hal ini menunjukkan bahawa, UMNO dan BN selamanya ini hanya berselindung sahaja atas nama "rumpun melayu" dan "Islam hadhari" demi menyorokkan identitinya yang sebenarnya. Tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada BA terumatanya PAS kini semakin jelas difahami rakyat akan pembohongannya.

TUN DR MAHADHIR KELUAR DARIPADA UMNO : TEKANAN YANG SEBENAR

Isu serangan peribadi Tun Dr Mahadhir tidak terhenti setakat ini, bahkan, kita dikejutkan dengan tindakan Tun yang begitu drastik dengan mengumumkan dirinya keluar daripada UMNO dan menggesa kepada semua ahli UMNO dan menteri UMNO agar sama-sama bersamanya keluar daripada UMNO sebagai satu protes kepada kepimpinan PAK Lah yang dilihat semakin pincang.

Beliau (Tun) menyatakan, beliau tidak akan kembali kepada UMNO selagi Pak Lah menjadi PM dan Presiden UMNO. Semakin pening dan tertekan Pak Lah dengan tindakan orang yang menlantiknya menggantikannya dahulu.

Tindakan Tun Dr Mahadhir keluar daripada UMNO sebenarnya mengingatkan kita sedikit sejarah kepincangan UMNO satu masa dahulu. Perdana Menteri Malaysia yang Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah keluar daripada UMNO dan menyertai Semangat 46 setelah UMNO diharamkan pada tahun 1987.

Tindakan radikal Tun jelas membuktikan kebenaran kata Al-Marhum Dato' Fadzil Nor, bekas presiden PAS bahawa, UMNO hanyalah parti melayu pada namanya sahaja tetapi bukanlah satu parti yang benar-benar reliven memperjuangkan nasib orang melayu. Ketuanan melayu sudah tiada sebenarnya jika dibiarkan UMNO dan BN terus memerintah dan berkuasa. Harta kekayaan melayu habis dikaut oleh juak-juaknya.

Kita imbas kembali, Tun Dr Mahadhir meletakkan jawatan beliau sebagai PM september 2003 dan melantik Pak Lah sebagai penggantinya. Ini bermakna, beliau (Tun) meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Pak Lah untuk terus membawa kemajuan dan kemewahan negara. Tetapi, beliau jugalah antara tokoh yang paling menonjol menyelar Pak Lah kerana kelemahan pentadbirannya dan meletakkan tanggungjawab seratus peratus kepada Pak Lah atas kekalahan besar UMNO dan BN lalu.

Tindakan berani Tun mengambarkan bahawa, ramalan Dato' Seri Anuar Ibrahim yang mangatakan dalam masa terdekat ini, kerajaan Malaysia akan berubah kepada Pakatan Rakyat. Mengakui akan faktor yang akan menjadikan ramalan ini menjadi kenyataan. Tun mengambil keputusan agar keluar daripads UMNO dan menggesa semua menteri UMNO juga bersama beliau keluar UMNO tanpa menyertai mana-mana parti lain.

Marilah kita fikir bersama-sama, walaupun ramai pemerhati politik dan pengkritik politik menyifatkan kemenangan yang tidak disangka-sangka BA terutamanya PAS, PKR dan DAP hanyalah sebagai satu simbol "silent protest" rakyat kepada kerajaan BN atas beberapa faktor antaranya kenaikan harga barang yang serius. Namun, kita mesti memikirkan juga bahawa, inilah peluang dan "batu loncantan" kepada Pakatan Rakyat membuktikan bahawa mereka adalah pejuang-pejuang hak orang-orang Malaysia yang selama ini di"gula-gula"kan oleh kerajaan terdahulu. Kita lihat beberapa perubahan awal yang telah dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat antaranya menghapuskan cukai pintu dan sebagainya. Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Abbdul Khalid telah bersetuju memberikan 400 meter padu bekalan air percuma setiap bulan kepada rakyat Selangor. Walaupun isu "Modern Ping Farming" di hangat-hangatkan oleh UMNO dan BN kononnya, Selangor dijadikan "negeri babi", saya amat berharap agar kita memahami isu ini dengan bijak sana. Apa yang jelas, kerajaan PKR Selangor hanya meneruskan projek BN terdahulu tetapi membuat perubahan agar daripada ladang ternak babi ini tidak mendatangkan masalah kepada penduduk awam.

Inilah waktunya untuk kita berfikir sejenak dan membuat keputusan bijak demi mamastikan Malaysia diperintah secara adil dan saksama. Yang paling utama, Islam didaulatkan serta dijadikan sebagai sumber hukum dan pentadbiran. Segala mehnah, fitnah dan tohmahan yang digembar-gemburkan kita tangani dengan hikmah dan berdisiplin.

Malaysia akan terus berdaulat jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah dan Malaysia akan jadi Negara Berkebajikan dengan perubahan dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Rakyat yang tertindas secara diam dengan kerakusan dan tamakknya juak-juak UMNO dan BN akan segera terbela. Dasar "Malaysia Negara Berkebajikan" dam "Islam For All" mendapat sambutan semua bangsa dan agama dan ini membuktikan, keizzahan Islam tetap unggul tanpa ditelan zaman.
MEMBAGUN BERSAMA ISLAM

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN