Sunday, May 18, 2008

Blog dan Dakwah

سم الله الرحـــــــــــــــــمن الرحيم

الحـمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين


Penulisan blog atau penulisan berbentuk kreatif atau pun penulisan ilmiah merupakan salah satu daripada medium atau metodologi dakwah yang menarik dan berkesan. Walaupun medium dakwah melalui penulisan ini bukanlah isu terbaru, namun cara ini memberikan kesan kepuasan serta ia adalah salah satu cara termudah untuk berdakwah.

Hal ini telah dibuktikan dengan seruan Rasulullah s.a.w kepada pembesar-pembesar Rom dan Parsi seperti Raja Muqawqis dan lain-lain lagi iaitu ajakan mentauhidkan Allah swt dengan mengutuskan surat kepada mereka selain diutuskan juga para sahabat r.a untuk menjadi "qadi" ditempat tertentu diseluruh dunia.

Bila dibualkan mengenai "metodologi dakwah", maka bagai saya, ia bersifat abstrak kerana ia mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Secara ringkasnya, ia bersifat subjektif. Pun begitu, selagi mana metod ini tidak lari dengan apa yang digaris pandukan oleh syara', ia boleh diterima pakai.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bagaimana rasul-rasul terdahulu menyeru umatnya kepada syariat yang dibawa demi mentauhidkan Allah s.w.t. Setiap rasul yang diutuskan kepada sesuatu kaum, berdakwah dengan bahasa kaum tersebut begitu juga dengan baginda Rasulullah s.a.w yang diutuskan pada kaum arab Quraisyh. Bagaimana konsep atau metod dakwah yang telah digunakan pada zaman tersebut hingga kezaman baginda Mohd s.a.w iaitu menyeru dari rumah kerumah dan mulut kemulut. Cuma keunikan metod dakwah baginda Rasulullah s.a.w. dengan adanya dua konsep dakwah iaitu secara tersembunyi semasa 13 tahun di Makkah yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam dan 10 tahun secara terang juga terbuka di Yathrib (kini Madinah). Sejarah juga membuktikan bahawa, bukan sahaja dua metod itu sahaja yang digunakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. juga para sahabat dalam usaha mereka menyebarkan sayap Islam di muka bumi Allah ini, malah , digunakan juga cara kelembutan seperti akhlak juga peribada yang terlalu mulia bagindaRasulullah s.a.w dan juga tidak terkecuali cara kekerasan yang digunakan iaitu peperangan dalam memperluaskan empayar Islam dan mempertahankan empayar yang ada.

Sejarah juga membuktikan kepada kita pada zaman khalifah serta tabi'ien juga tabik tabi'ien, penulisan ilmiah telah berkembang pesat disebabkan beberapa faktor antaranya, perlunya ijtihad dalam mengeluarkan fatwa baru kerana ramainya orang islam bukan sahaja daripada bangsa Arab bahkan juga A'rabi (bangsa selain bangsa arab). Kitab-kitab serta risalah ilmiah karangan ulamak-ulamak terkemuka dunia Islam sehingga kini menjadi rujukan kepada dunia amnya dan kepada kita sebagai orang Islam dan penuntutu ilmu Islam khasnya.

Maka, jelaslah bahawa, jika dipersoalkan isu metodologi "dakwah seseorang" atau "dahwah masyarakat", bidang penulisan terutamanya melalui Blog adalah salah satu medium yang berkesan dengan tanpa membelakangi metodologi sunnah Rasulullah.

Dunia pemulisan melalui blog kini dilihat salah satu medium praktikel yang berkesan mengambil perhatian individu. Ini kerana, ramainya individu terutamanya para pelajar sama ada dalam mahu pun luar negara yang mempunyai blog sendiri dan sememangnya rajin melayari laman-laman web. Secara tidak langsung, kita sebagai seorang mahasiswa Islam dan merupakan berada di dalam kontensi pembikinan sebagai seorang pendakwah juga ulamak atau istilahnya "Ulama and Dai'e In The Making" telah melatih diri kita menjadi tinta emas kepada mengajak manusia mengenali Tuhannya dan juga tiang seri dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini sejajar dengan firman Allah di dalam suruh Al-Baqarah ayat 30 ;

dan ketika mana Tuhamu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi...

Kitalah khalifah itu kerana kitalah keturunan nabi Adam a.s dengan Siti Hawa a.s. Khalifah ini tugasnya ialah

نيابة الأنبـــياء وإقامة الدين و الســياسة الدنيا به


Sebagai Pengganti Para Rasul, Menegakkan Agama dan Menguruskan Dunia dengan agama yang ditegakkan.

Maka, seharusnya kita bermula dari sekarang sebelum kita tamat pengajian di Bumi Anbiyak yang penuh dengan para auliyaknya serta bumi yang diberkati. Jika kita telah meninggalkan alam pengajian, dan pulang ke Malaysia, saya amat yakin dan percaya, tiada ruang yang seluas ruang dan peluang yang kita ada sekarang untuk menuntut ilmu dan mendidik diri menjadi pendakwah. Ini kerana, sibuk dengan urusan kerjaya dan peribadi yang menuntut dari semasa ke semasa.

Maka, saya menyeru diri saya sendiri serta kepada para sahabat yang menuntut di Uninersiti Al-Azhar khasya dan dimana-mana institusi amnya agar mendalami ilmu dan persiapkan diri untuk menjadi "penawar" pad "barah" thoqhut, syirik dan lagho umat malaysia khasnya dan umat dunia amnya jika kita kembali ke tanah air.

Firman Allah s.w.t. dalam surah At-Taubah ayat 9 yang bermaksud

dan tidak sepatutnya orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (kemedan perang). Mengapa tidak pergi tiap-tiap golongan dari antara mereka beberapa orang untuk mendalami ilmu pengatahuan dalam agama (islam) untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali padanya, supaya mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والله تعالـــى أعلم


0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN