Thursday, May 29, 2008

Ezam Kembali Kepangkuan UMNO...Satu Perjuangan Yang Diragui

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Gempar apabila seorang reformis zaman pemecatan Dato' Seri Anuar Ibrahim bermula 1998 dan juga presiden GERAK yang hebat dalam soal membenteras rasuah, Saudara Ezam Mohd Nor mengumumkan secara rasmi keahlian beliau semula dalam UMNO. Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada preseiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia kini, YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Ezam yang juga pernah menjadi ketua Angkatan Pemuda Keadilan membuat kejutan ini tanpa diduga-duga oleh semua pihak termasuk Dato' Seri Anuar Ibrahim. Namun, hakikatnya, sudah sah dan terbukti akan kembalinya Ezam kepangkuan UMNO.

Ezam ketika mana semangat reformasinya menggunung tinggi, beliau pernah bersumpah bahawa "lawan tetap lawan". Beliau yang menyatakan ketegasan beliau dalam isu keadilan, kerajaan telus, anti korupsi, anti rasuah dan bercita-cita tinggi memperbaiki demokrasi Malaysia yang kini dieksploitasi kini mula menampakkan kesamaran perjuangan beliau.

Namun, Ezam mungkin ada cara beliau sendiri dalam mengotakan kata yang pernah disebutkan dalam kebanyakkan ceramah beliau. Pada pandangan saya, Ezam menyertai UMNO kerana hendak membuat kebaikan atau memperbaiki UMNO dari dalam seperti mana yang pernah dilakukan oleh mantan TPM Malaysia Dato' Seri Anuar Ibrahiim. Namun, niatnya itu hanya Allah dan Ezam sahaja yang tahu.

Jika begitulah niat dan tujuannya, secara amnya, seperti suci lagi murni niat beliau. Mungkin dalam kemarahan Ezam yang berkobar-kobar kapada pimpinan UMNO dan BN, beliau masih lagi sayangkan UMNO yang ditubuhkan atas dasar kepentingan nasionalis dan semangat menentang pendudukan penjajah sebelum era merdeka lebih 50 tahun dahulu dan kini berjuang demi memperutuhkan ketuanan bangsa Malaysia. Mungkin juga sayangkan UMNO dalam konteks UMNO memperjuangkan Islam Hadhari.

Namun, saya ragui, adakah beliau terlupa apakah yang berlaku kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu Dato' Seri Anuar Ibrahim yang juga ketua umum parti keadilan ketika di dalam UMNO. Anuar yang setika dahulu aktif dalam gerakan ABIM menyertai UMNO atas dasar sayangkan orang melayu dan berniat memperbaiki UMNO dari dalam. Bagi beliau, untuk merialisasikan impiannya, hanya dengan menjadi ahli UMNO dan memegang jawatan penting dalam UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan UMNO. Tetapi, ibarat kata pepatah, "disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahhari". Dato' Seri Anuar Ibrahim tersingkir dari UMNO melalui rancangan licik UMNO dan pimpinannya.

Itu Dato' Seri Anuar Ibrahim, Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Apakah jawatan saudara Ezam Mohd Nor sama ada dalam UMNO mahupun Kabinet Malaysia? PM sendiri menyatakan bahawa, Ezam tidak akan diberikan sebarang jawatan dalam UMNO. ( tetapi, tidak mustahil satu hari nanti, beliau menjadi antara orang terpenting dalam UMNO dan BN ).

Harapan dan seruan saya kepada seluruh pendokong gerakan Islam dan penyokong-penyokongnya. Jangan sesekali mengkhianati jamaah. Ingat, apa yang kita dokongi dan perjuangkan kini bukanlah atas nama ketuanan Melayu, ketuanan bangsa Malaysia, tetapi, ketuanan Islam yang mana, Islam inilah satu-satunya tiket untuk menuju syurga Allah dan mendapat keredhaan Allah dalam hidup. Gerakan kita adalah gerakan Islam, jamaah kita, adalah jamaah Islam, selagi namanya manusia, selagi itu ada kelemahan dan kesilapan. Namun, untuk keluar dari jamaah Islam ini kerana tidak puas hati, HARAM hukumnya. Sebarang kelemahan dan kesilapan mesti diperbaiki dalam jamaah bukan meninggalkan jamaah.

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Tuan punya hati, agar ditetapkan hati ini atas jalan yang betul dan selamat dan sentiasa tetap dalam perjuangan ini. Allah jua yang membolak balikkan hati ini, sekali kita tersesat dan tiada usaha untuk kembali kepadaNya, maka Allah akan biarkan kita terus sesat dan di akhirat kelak kita dilontarkan dalam nerakan Allah dan amalan kita selama ini akan sia-sia...(wali'azubillah)

" Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati kami sentiasa dalam perjuangnmu Ya Allah ... "

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN