Thursday, May 22, 2008

DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN

بســــــــم الله الــرحمن الرحيم

الحمـــد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشــــــــــــرف الأنبياء والمــــــــــــــرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين

Apabila negara dikejutkan dengan keputusan radikal mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr Mahadir mengumumkan bahawa dirinya secara rasmi keluar daripada UMNO isnin lalu dan beliau menyatakan kesediaan beliau kembali semula kepangkuan UMNO setelah Perdana Menteri Malaysia kini YAB Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Selepas dua hari Tun berbuat demikian, anaknya pula merangkap Ahli Perlimen Jerlun, YB Dato' Mukhriz juga mengumumkan keluar parti dan beliau juga mendesak Pak Lah melepaskan jawatannya sehingga Julai ini. Jika tidak, beliau akan keluar parti secara rasmi.

Merujuk pada tindakan Ahli Parlimen Jerlun juga exco Pemuda UMNO pusat itu yang mengikut langkah bapanya Tun Dr Mahadir, Ketua Pemuda UMNO Pusat, YB Dato' Seri Hisyammudin Tun Hussain berkata, hal ini akan dibawa rujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk merujuk apakah tindakan yang sesuai diambil memandangkan Pemuda UMNO tiada kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap beliau (Dato' Mukhriz).

Namun, bagaimana pula dengan bapanya, Tun Dr Mahadir. Apabila genap sehari beliau mengumumkan beliau keluar daripada UMNO selagi Pak Lah masih berkuasa, banyak riaksi yang diterima. YAB Dato' Seri Hisyammuddin menyatakan bahawa, tindakan Tun Dr Mahadir ini sebenarnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada parti mahupun orang lain. Beliau menyatakan, Bapanya, Tun Hussain dan datuknya, Dato' Onn juga pernah keluar daripada UMNO dan jelasnya, tiada sebarang kebaikan yang diperolehi.

Bagaimana pun, mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga dilantik oleh Tun Dr Mahadir sendiri iaitu Tun Musa Hitam menyatakan beliau seolah-oleh "bersyukur" kerana Tun Dr Mahadir yang dianggap "duri dalam daging" kepada UMNO telah pun keluar. Menariknya, Tun Musa Hitam menganggap Tun Dr Mahadir sebagai "duri dalam daging" itu seolah-oleh terlupa bahawa, dirinya pernah menjadi "gunting dalam lipatan" kepada UMNO.

Sekitar tahun 1986-1987, Tun Musa Hitam ketika itu sebagai TPM Malaysia bertindak keluar daripada UMNO dan menggesa Tun Dr Mahadir sebagai PM ketika itu meletakkan jawatannya dan digantikan oleh beliau sendiri (Tun Musa Hitam). Namun, di atas rayuan Majlis Tertinggi UMNO, akhirnya Musa Hitam kembali semula kepada UMNO.

Namun, ia tidak berakhir di situ. Tindakan radikal Musa Hitam menghasut musuh ketatnya sendiri Tengku Razaliegh Hamzah agar bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dan beliau sendiri menjadi timbalannya dan meminta Tun Mahadir menyokong pencalonan Musa Hitam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO. Ini semua adalah perancangan licik Musa Hitam untuk menjatuhkan Tun Dr Mahadir.

Tetapi, apakah hasilnya, semuanya gagal dan pecahlah UMNO menjadi pasti sepihan Semangat 46. Musa Hitam selamat dan akhirnya dilantik oleh Dr Mahadir sebagai perutusan bertaraf menteri ke PBB dan Tengku Razaliegh Hamzah terkeluar dari UMNO baru pada ketika itu.

Secara peribadi, saya fikir tindakan Tun Dr Mahadir keluar dari UMNO adalah untuk menggesa Pak Lah yang beliau sifatkan "lemah" dalam pentadbiran agar berundur diri dan digantikan dengan pimpinan lain untuk memulihkan semua UMNO dan BN serta meraih kembali sokongan rakyat.

Namun, selagi kalimah Allah tidak ditegakkan, hukum Allah diperkotak-katikkan dan dianggap tidak sesuai, selagi tidak berhukumkan hukum Allah dan tidak mentadbir seiring hendak syarak yang digaris pandukan oleh Al-Quran dan Sunnah, selagi itulah, keadilan tidak diperolehi, keamanan, kesejahteraab hakiki tidak dinikmati dan keberkatan Allah juga tidak dirasai.

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN