Wednesday, May 28, 2008

Jangan Sombong Bang Oii

بسم الله الرحــــــــــــــــمن الرحيم

الحــــمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجـــــــــمعين

Manusia diciptakan Allah di muka bumi ini sebagai khalifah dengan tujuan memakmurkan dunia menerusi Kalimah Allah yang ditegakkan. Oleh itu, proses pemakmuran ini tidak mungkin akan terjadi jika manusia ini diciptakan Allah hanya seorang atau beberapa orang sahaja. Bermula daripada nabi Allah Adam s.a, seterusnya, dijadikan Hawa sebagai teman hidup, maka bermulalah sebuah episod kelahiran demi kelahiran pemakmur dunia ini.

Allah menjadikan manusia ini dengan keadaan sebaik-baik kejadian. Bertepatan dengan firman Allah swt dalam surah At-Tiin ayat 4, yang bermaksud;

Sesungguhnya kami jadikan insan (manusia) itu pada sebaik-baik kejadian.


Selain itu juga, antara hikmah Allah menjadikan manusia ini berbagai-bagai puak dan keturunan bangsa, untuk kita saling kenal kenalan demi menjamin satu hubungan baik yang boleh dibina atas tujuan memakmurkan bumi ini.

Namun, diakui "lain padang, lain lah belalangnya". Sikap manusia yang didorang oleh akal manusia yang terkadang-kadang, cara pemikirannya seperti keanak-anakan atau kurang waras membawa kepada berlakunya unsur-unsur permusuhan dengan menimbulkan rasa benci, marah kepada seseorang.

Itu adalah lumrah dan diakui juga, manusia yang dibekalkan oleh Allah akan akal yang membezakannya dengan haiwan, dia dibekalkan juga dengan nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan juga kebaikan. Dengan adanya semua ini, memungkinkan setiap gerak geri manusia itu kadang-kadang membawa kepada kebaikan dan diganjarkan pahala dan ada juga membawa kepada keburukan dan kejahatan yang diganjarkan dosa. Antara sifat yang boleh menggugurkan ukhuwwah adalah sombong.

JANGAN SOMBONG

Sombong ini antara satu sikap yang tidak layak berada di dalam jiwa seseorang yang berakhlak dan bermoral. Tetapi sombong ini lumrah. Namun, setiap apa yang Allah kurniakan, ada pilihan untuk arah kebaikan atau keburukan.

Sepengalaman saya bergaul dengan ramai orang daripada di Malaysia hinggalah kini saya berlajar di Bumi Mesir, saya telah jumpa berbagai jenis manusia yang mempunyai sifat sombong. Sombong ini pelbagai situasi. Ada yang sememangnya dia ini sombong tetapi, mudah bergaul, ada pula yang dia ini agak ramah tetapi ada "angin sawan" yang menyebabkan dia yang ramah bertukar sombong.

Secara amnya, bila kita tidak bertegur sapa dengan seseorang atau memusuhi seseorang itu, maka secara automatik, kita akan sentiasa bertentangan dengannya. Maka, adalah mustahil untuk duduk serumah, makan sedulang, duduk sebelah menyebelah dalam kelas, hatta jika hendak berselisih pun tidak mahu dengan orang yang kita musuhi.

Saya kini mengenal pasti satu ciri sombong dimana, dia bercanggahan dengan ciri-ciri yang saya sebutkan tadi. Maksud saya, saya jumpa orang yang sombong tetapi, dia duduk serumah dengan orang yang dimusuhinya. Yang dimusuhi, jika dia ni memasak, makan, dan kalau yang dimusuhi masak, yang sombong tadi juga makan. Situasi ini agak lucu bagi saya.

Namun, secara peribadi, sikap ini bukan keanak-anakan, tetapi jelas tetapa gagalnya akal dan fikiran berfikir secara logik. Ikutkan "angin gila" yang datang, serta merta berubah, asalnya boleh bergurau senda, betepuk bertampar, bergelak tawa, tetapi berubah sekalip mata menjadi musuh.

Saya tidak pernah mencari musuh dan dalam masa yang sama juga. tidak suka bermusuh-musuhan. Ini kerana, bagi saya, hidup ini jika mempunyai musuh walaupun seorang, tidak aman kerana, suka tidak suka, mahu tidak mahu, kita akan bermuamalah juga dengan semua orang termasuklah dengan musuh kita tadi.

Saya akui yang saya ini mempunyai ego yang kuat, degil, tidak mahu mendengar arahan dan berbagai lagi. Tetapi, saya kini dalam proses untuk mengikis segala sifat ini untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan komuniti saya. Namun, jelas setiap kebaikan yang kita iltizamkan, di sana, Allah selitkan dengan ujian untuk memastikan, apakah tekad azam kita tadi untuk menuju kebaikan.

Janganlah jadikan sombong itu raja dalam diri kita. Jangan jadikan juga sikap tidak matang kita ini menjadi pendorong kepada segala bentuk tindakan kita. Kerana, bagi saya, ini bukan sifat orang yang berpendidikan tetapi seolah-oleh yang dah "tua bangka yang tidak pernah jumpa sekolah"

Jadi, jangan sombong...kerana...sikap saya juga, sekali orang sombong dengan saya...100 kali saya akan sombong dengan dia....jangan salahkan saya...

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN