Monday, June 02, 2008

Kronologi Keserabutan Aku Dalam Menguruskan Internet Rumah Aku

بسم الله الرحــــــــــــــمن الرحيم

الحــــــــمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشـرف الأنبياء والمــرسلين وعلى آله وأصحـــابه أجــــمعين

Kemudahan internet bagi saya dan semua terutama yang berada di perantauan ini memang diperlukan. Maknanya ia boleh dikategorikan sebagai keperluan seharian untuk chating, membuat panggilan, membina laman web dan sebagainya. Yang paling utama, memuat turun (download) pelbagai cerita daripada U-Torrent dan seumpama dengannya.

Saya mengakui bahawa, sebelum saya sampai di Mesir ini, saya tidak tahu mengenai aplikasi internet dan kegunaannya secara meluas. Saya tidak tahu apa itu firefox dan sebagainya. Bahkan YM pun saya tidak ada. Maklumlah, saya orang kampung dan di rumah tiada kemudahan internet saya faktor malas nak ambil tahu sangat mengenai internet, menyebabkan saya ke cyber cafe hanya sebulan mungkin hanya sekali. Itu pun sekadar membuka e-mail dan memuat turun beberapa program software telefon bimbit saya kerana saya dulu, tiap-tiap bulan bertukar-tukar telefon bimbit dan telefom bimbit termahal yang pernah saya guna ialah berharga RM 2200.

Kembali pada cerita. Saya tiba sahaja di Mesir dan setelah lebih kurang dua minggu di sini. Saya bosan kerana kalau kat rumah ada komputer walaupun tidak ada kemudahan internet. Jadi saya pun risik-risiklah dengan seorang senior menanyakan harga komputer dekat sini. Saya juga menyatakan, kalau boleh saya nak beli komputer riba (laptop). Setelah mendengar hajat saya...dia pun kata, ada kawan dia nak jual laptop dengan harga LE 3500. Saya pun agak teruja memandangkan menurut penjelasannya sebelum itu, harga laptop baru memang mahal jika hendak dibanding dengan harga di Malaysia. Dipendekkan cerita, saya pun telefon keluarga dan menyatakan hasrat saya untuk membelinya, keluarga saya pun setuju.

Setelah beli, maka aplikasi pertama yang saya tahu ialah internet tanpa wayar (wireless). Memang saya senyum sampai ketelinga sebab line wireless di bilik saya (syaqah 1) memang kuat. Saya boleh telefon keluarga, chatting, buat blog di atas katil sahaja. Memang seronok. Bermula dengan saya, selepas saya, ramai lagi yang membeli laptop. Yang berada, beli yang baru, ada kawan saya (sekarang di Dumyat) beli sampai dua laptop. Saya kata..tidak mengapalah...kaya cara kaya...sederhana..cara sederhana, bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri.

Baiklah, lupakan semua itu. Selepas saya berpindah di rumah sewa "Tanjung Puteri", asalnya rumah saya ini ada berdaftar dengan syarikat "Nile Air" atau "Yalla" iaitu sebuah syarikat internet di Mesir ini. Tetapi, setelah saya pulang bercuti di Malaysia, tiga bulan selepas itu, saya kembali dan line sudah tiada kerana tidak bayar. Ahli bait saya (sama ada sementara atau kekal) sudi menggunakan wang masig-masing untuk tolong bayarkan bil yang tertunggak. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Dipendekkan cerita, tidak ada lagilah kemudahan internet di rumah saya ini.

Namun, saya tetap bersyukur kerana, al-hamdulillah, r
upa-rupanya wireless ada kondisinya di sini. Biasa yang saya juga ialah "3 com".

BABAK PERTAMA : BERMULANYA SAYA ISYT
IRAK INTERNET

Hendak dijadikan cerita, datanglah seorang ustaz ni, asalnya duduk disalah satu muhafazah di Mesir ini dan beliau, Al-hamdulillah sudah tamat pengajiannya di Al-Azhar. Beliau berpindah ke Kaherah untuk meneruskan pengajian dalam peringkat Master (MA) di sini. Maka istaz ini memang amat memerlukan kemudahan internat dan secara kebetulan, rumah saya ada line tekefon. Maka, mudahlah ustaz tu menyambung kembali internet di rumah kami. Maka di sinilah bermulanya satu keserabutan dan pengorbanan demi internet.

Secara ringkas, ustaz ini telah berpakat dengan salah seorang ahli bait (kawan serumah) saya untuk sama-sama kongsi untuk membeli "rou
ter" dan membayar internet tiap-tiap bulan. Dalam masa yang sama juga, kawan saya ini cuba "melobi" kami untuk sama-sama berkongsi dengan mereka untuk mengecilkan bayaran.

Namun, mungkin kawan saya tu agak kecewa dengan saya dan beberapa orang lain memandangkan kami menolak (secara baik) pelawaan beliau. Ini kerana, situasi saya ketika itu, baru sampai daripada bercuti di Malaysia dan banyak urusan yang memerlukan modal kewangan untuk diselesaikan dan memandangkan kondisi wireless yang baik, saya juga menolok pelawaan itu. Namun, sebagaiman yang telah saya nyatakan, ustaz ini memang memerlukan internet dan beliau secara nekad membeli sendiri "router" jenama D-Link yang mempunyai pancaran wireless dengan harga LE 350.

Dipendekkan cerita, apabila kondisi wireless mula tiada,
dan saya sudah terasa betapa perlunya internet, maka saya pun membuat kira-kira kewangan tiap-tiap bukan yang saya terima. Dengan perkiraan tadi, saya mampu untuk membayar LE 65 seorang bagi line setiap bulan. (kami meengambil kelajuan 512 kbps dengan bayaran LE 180 sebulan). Ketika itu, yang berkongsi ialah saya, kawan saya dan ustaz tersebut.

Namun tidak kekal, kawan saya ini, dia menyatakan h
asratnya untuk menjual komputernya. Namun, syukur, line yang digunakannya, ada yang mahu menggantikannya, kawan saya juga, serumah dengan saya juga. Tidak mengapalah, maknanya, bayaran LE 65 seorang masih lagi kekal. Ini bermakna, perbelanjaan wajib saya sebulan ketika itu LE 265 sebulan dengan RM 300 yang keluarga saya kirim tiap-tiap bulan, saya boleh keluarkan lebih kurang LE 450, maknaya ada LE 185 sahaja baki untuk duit poket saya sebulan.

Namun, Allah jua sebaik-baik tempat bergantung. Ditakdirkan Allah, saya menerima ahli bait baru dan dia pun ada laptop. Dia juga berhajat untuk menggunakan internet. Setelah beberapa hari beliau duduk di rumah saya, saya cuba-cubalah merisik, manalah tahu dia jga mahu berkongsi. Alhamdulillah, dia setuju. Maka saya memang suka kerana, daripada LE 65 seorang kepada LE 45 sahaj seorang tiap-tiap bulan.

BABAK KEDUA : BERMULANYA KESERABUTAN INTERNET

Hari berganti hari, masa berganti masa. Internet rumah kami sentiasa bermasalah. Ustaz tu dah serabut macam apa saya tengok. Tiap masa asyik
menelefon syarikat bertanyakan mengenai internet yang "hampeh" dan saya juga asyik kesyarikat sahaja bersamanya. Setiap masa jugak beliau turun-naik masuk kerumah kami tanpa kira waktu...(terasa terganggu pula privesi). Maka timbulah di sini segala macam kemungkinan yang diramalkan demi mencari apakah punca masalahnya. Kemungkinan pertama, masalah syarikat. Syarikat kata kami tiada apa-apa masalah. Kemungkinan kedua, diramalkan, line telefon rumah kami yang sudah lama. Maka datanglah seorang arab katanya muhandis daripada syarikat untuk menggantikan wayar telefon. Ingatkan percuma, rupanya dikenakan bayaran LE 50. Tidak mengapalah, asalkan line ok dan kami pun berkongsi duit untuk bayar iaitu LE 12 seorang (kalau tidak silap saya).

Line mula mantap ketika itu. Tetapi tidak kekal pula. Line saya sentiasa putus dan selalu "destination net unreachble" dan selalu "reques time out". ADUH !!! mengapa pula ini yang terjadi. Maka saya dan ustaz tu pergi kesyarikat sudah umpama pergi ke Al-Azhar untuk menghadiri kuliah. Semata-mata hendak line kami elok dalam masa yang sama hendak menjaga hak ahli isytirak yang lain.

Turun-naik syarikat akhirnya, ramalan kami yang ketiga ialah, masalah router. Pelik, itu perkataan pertama yang saya ucapkan. D-Link walaupun bukan yang terbaik tetapi antara jenama terbaik juga. Dan mustahil router yang baru beli tidak sampai lima bulan dah buat hal. Namun, untuk kemaslahatan semua, maka sekali lagi kami pergi ke Teknologi Mall untuk hantar semua kepada wakil penjualnya untuk ditukar baru. Malangnya tidak boleh, yang boleh dihantar baiki dan jika tidak dapat diperbaiki, baru boleh ditukar baru. Baiki?! aduh, maknanya, seminggu kami terpaksa "berpuasa" daripada menggunakan internet dan selama seminggu jugak nilai duit kami diberika secara percuma kepada syarikat internet. Ustaz itu bahasa arabnya amat baik, maklumlah, sudah 10 tahun di Mesir. Tetapi debat punya debat, tetap tidak boleh terus ditukar tetapi perlu dihantar baiki. Akur sahajalah.

Selepas seminggu, saya datang untuk mengambil
kembali router tersebut, malangnya, tidak boleh kerana, tutup kedainya. Datang lagi keesokan harinya, tidak boleh juga, kerana tidak sampai lagi daripada syarikat. Aduh, pening, selepas tiga kali datang baru selesai.

BABAK KETIGA : NAIKKAN KELAJUAN INTERNET DARIAPA 512 KBPS KEPADA 1024 KBPS


Satu hari tu, ustaz tu ada chat dengan saya m
engatakan ada sahabat daripada indonesia yang duduk satu imarah dengan kami hendak berkongsi sama dengan kami. Dalam masa yang sama, ustaz itu ada beberapa orang ahli bait yang saya difahamkan kaya-kaya berada semuanya, ada yang anak tauke kilang, tauke kuda perang dalam lain-lain lagi. Semuanya hendak berkongsi juga.

Jadi ustaz itu cakap, kita guna kelajuan 512 kbps tid
ak mampu menampung ahli seramai lapan orang semuanya. Jadi kami perlu menaikkan kelakuan kepada 1024 kbps.

Asalnya saya memang tidak bersertuju akan cadangan in
i memandangkan kami kena membayar setiap bulan LE 300. Mahal, amat mahal. Tetapi saya akur, 300 dikongsi lapan orang maknanya seorang dalam LE 40. Namun saya merasa, perlunya digenapkan kepada 10 orang agar daripada LE 40 jadi LE 30. Maka saya pun memperlawa kawan sebilik saya ini dan dia pun setuju. Al-Hamdulillah. Maka, setelah beberapa hari, naiklah kelajuan daripada 512 kbps kepasa 1024 kbps.

BABAK KEEMPAT : MEMBELI ROUTER BARU


inilah router berjenama "linksys" yang saya berli dengan harga LE 450

Tidak mengapa, saya cerita lagi. Hendak dijadikan cerita, router itu bermasalah lagi. Line kami sentiasa putus kembali. Maka ustaz itu pun mula menyatakan hasratnya agar saya membeli router baru. Apa?!...manalah saya mampu untuk membeli. Saya cuma bertanya adakah dengan kita menukar router, masalah ini akan selesai? Saya tetap tidak mahu beli sendirian walaupun saya berhajat beli sendiri atas beberapa sebab. tetapi saya membatalkan niat membeli sendiri router tersebut dan berbincang sesama ahli bait macam mana hendak menyelesaikan masalah ini.

Pebagai pendapat dikeluarkan. Ada yang berlagak macam peguam cara bercakapnya tetapi dia tidak tahu betapa serabutnya kepala saya ketika itu. Bincang punya bincang, kami bersetuju untuk mengutip LE 40 seorang sesama ahli isytirak untuk membeli router baru. Tetapi, ustaz tu tidak mahu berkongsi lagi kerana alasannya, sudah beli sendiri rauter yang lama itu. Aduh, mana boleh macam tu, router adalah router, tetapi, isytirak tetap isytirak. Tapi, tidak mengapalah, ada betulnya juga cakap ustaz tu, mengalah sahajalah (tapi bukan kalah). Maknanya, LE 40 x 9 orang bersamaan LE 360 dan cukup-cukup untuk membeli router jenama Netgear.

Pun begitu, kami bercadang nak beli awal bulan sahaja kerana, ketika hal ini berlaku, berlaku pada pertengahhan bulan, maknanya, kami tidak mampu lagi. Dan keputusan ini dipersetujui semua. Cuma beberapa orang sahaja yang dah bayar. Selebihnya menunggu awal bulan.

Tapi, ustaz ini pelik sedikit. Dia tetap desak saya beli juga dalam waktu terdekat. Saya kata mana saya cukup modal lagi. Tetapi tidak, ustaz ini bersungguh-sungguh suruh beli dengan meminjam dulu duit sesiapa. Amboi, mudahnya...meminjam duit bukan macam nak pinjam baju, seluar atau pun pen. Yelah...hormat punye fasal, nasib baiklah kawan serumah saya sudi dahulukan LE 200 duitnya kerana pada saya hanya ada LE 150 sahaja. Adeh.....!!!!

Dipendekkan cerita pada babak ini, saya pun berjalanlah dengan kawan saya untuk meninjau router yang hendak dibeli. Saya sudah nak beli jenama Netgear dan wang yang saya bawa pun cukup-cukup untuk itu. Tetapi, hati saya tetap berbelah bagi
dengan keputusan untuk membeli router kerana terngiang-ngiang ditelinga aya, kata seorang lagi ustaz yang selalu juga datang rumah saya dan beliau memang cukup handal dalam soal internet dan komputer. Beliau kata, memang agak mustahil masalah router dan kemungkinan router bermasalah amat kecil.

Namun, untuk menghilangkan keserabutan kepala saya dengan desakan ustaz tu, saya tetap nak bali dan saya call ustaz seorang lagi tu bertanyakan apakah jenama yang disyorkan. "Linksys" itulah jawapannya. Maka saya mencari jenama Linksys. Jumpa...tetapi LE 460. Maknanya, saya kene menambah LE 110 lagi kerana wang yang saya bawa hanya LE 350. Aduh...namun, pada bulan itu, alhamdulillah, abang saya ada bagi sedi
kt wang belanja. Maknanya, jika dicampur dengan wang yang ibu saya bagi, bolehlah saya tambah menggunakan duit saya sendiri. Tetapi dalam bank, kad bank juga tiada, maka saya terpaksa menyusahkan lagi kawan serumah saya dengan meminta dia datang dengan membawa LE 100. Nasib baiklah kawan saya ini sporting dan dia sanggup tolong.

Maka, saya pun belilah Router Linksys baru dengan harga LE 450 (dapat kurang LE 10 jee). Saya pulang kerumah, minta tolong ustaz yang tero
r tu pasangkan dan Al-Hamdulillah berfungsi baik.

Ini bermakna, saham saya dalam router tu LE 140, lebih LE 100 daripada yang lain.

BABAK KELIMA : BERMASALAH JUGA


Saya cukup sakit hati apabila masalah yang sam
a berlaku. Line kami kerap putus. Segala kemungkinan kembali diramal. Antaranya, wayar telefon perlu ditukar dan dipasang kemas. Malam itu juga saya tukar wayar telefon. LE 7 pulak melayang, Tidak apa laaa...

Berlaku juga. Aduh....

Satu hari, ustaz yang teror tu dia datang memb
awa satu berita, bahawa, rupanya, software router ini memang bermasalah dan beliau mengatakan, beliau ada daownload software baru versi 1.6 berbanding asal versi 1.5. Ini menurut beliau, memungkinkan line putus tidak berlaku atau kurang berlaku.

Dipendekkan cerita, maka, setelah selesai download,
ya...alhamdulillah, hingga kini tidak berlaku seperti dulu.

BABAK KEENAM : AHLI BAIT USTAZ TU PINDAHLAH PULA

Kerisauan saya semenjak hari pertama ustaz tu cakap mahu menaikkan kelajuan, saya risau. Keran ahi baitnya yang baru itu yang katanya anak-anak ta
uke semua tu, budak muda dan gaya mereka saya rasakan, macam tidak akan kekal.

Rupanya, betul ini berlaku, maknanya, kuranglah tiga orang ahli isytirak, tinggal tujuh orang. Lagi satu, sahabat indonesia itu pun menyatakan bawa, daripada tida orang isytirak, jadi dua pula, maknanya, hingga kini, ahli tetap 7 otang, maka daripad LE 32 sebulan menjadi LE 43 seorang sebulan. Adeh.....!!!!

Saya secara peribadi memang tidak puas hati dengan keputusan ini tetapi apakan daya, hak masing-masing. Hampeh betul ....


BABAK KETUJUH : AKU BELI PULA SWITCH SENDIRI


inilah switch yang saya beli sendiri dengan harga LE 55 (asalnya LE 65)

Bila budak-budak anak tauke tu pindah, mereka bawa sekali seitch mereka dan ini bermakna, sahabt daripada indonesia ini datang dan meminta satu lubang daripada router di sini.

Alamak...!!!


Masahnya router sudah penuh. Saya dicadangkan beli spliter untuk mencabangkan wayar maknanya daripada satu lubang, boleh dua wayar. LE 9 pula terbang. Dah beli, pasang, tidak boleh pula.

Maka demi menjaga hak, saya berikan juga lubang port router saya pada sahabat indon. Maknanya, saya juga wireless sahaja. Walaupun kuat, tetapi saya tidak berpuas hati. Maka saya belilah switch sendiri. LE 55 pula melayang. Kawan serumah saya yang lain jugak ahli isytirak juga kata. "seorang bayar berapa ni Pi?"...kawan saya ini memang sporting dan mudah dibwa bincang. Bersyukur saya kerana dia masuk rumah saya. Sebagai jawapan, saya kata " tak apa lah, aku beli sendiri sebab aku nak guna sendiri".

Dalam waktu tidak sampai seminggi ini, saya berbelanja untukm internet sahaja LE 71. Ditambah dengan router LE 140 bermakna LE 211. Ini belum ditambah dengan tambang pergi balik ke syarikat (nasib baik bolleh claim). Kalaulah keluarga saya tahu, mesti mereka berleter dan kecewa pada saya kerana saya sering mengadu saya kos sara diri saya di Kaherah ini mahal, tetapi dalam masa yang sama, saya membazir pada tempat lain. Namun, saya sahaja yang tahu masalah yang saya hadapi.

Saya terpaksa meminta ihsan kawan bilik sebelah saya ini agar punca utama para router yang diguna olehnya, digantikan dengan wayar saya dan dia isytirak dengan saya melalui switch yang saya beli. Walaupun saya faham gerak gerinya "tidak meredhai" tetapi tolonglah faham, saya lagi pening memikirkan fasal internet ini. Mana tidaknya, segala soal internet mesti melalui saya. Ustaz tu pun rujuk pada saya. Saya sekarang ini dalam zon peperiksaan. Bukan mengharapkan semua yang isytirak ambil cakna, cuma, bertimbang rasalah sedikit.

Apa-apa pun, kini saya harap semuanya selesai. Switch yang saya beli pun port nya ada lapan. Selepas ini saya mengambil keputusan untuk bertegas dengan sesiapa sahaja mengenai urusan internet. Soal bayar, bergilir dari ahli ke ahli. Saya sudah cukup serabut dan diserabutkan oleh orang.

Inilah beberapa kronologi yang ringkas sebenarnya. Saya tidak ceritakan semua lagi ni. Kepada sesiapa yang membaca, bukan mudah hendak memuaskan hati orang lain. Kita kena sedikit berkorban untuk itu. Tetapi, jangan sampai orang memperalatkan kita.

Bukan tujuan saya menceritakan sedikit kronologi ini, niat saya hendak memburukkan sesiapa cuma hendak diluahkan kepada orang lain secara lisan, tidak ada siapa yang faham. Terumanya sekarang ini musim peperiksaan, siapa pula yang hendak dengar. Biarlah saya luahkan secara maya dan jika ada yang membacanya, boleh tahu serba sedikit masalah saya mengenai internet.

Akhir kata, saya memang serabut dengan internet ni dan cukup diserabutkan. Jangan menserabuti saya lagi. Kasihanilah saya.

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN