Wednesday, June 25, 2008

Pengenalan Ringkas Usrah

بسم الله الرحـــــــــمن الرحيم

الحـــمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجــمين وأما بعد

Al-Hamdulillah, bersyukur saya kepada Allah swt kerana diberi peluang untuk kembali mengisi ruang blog saya ini setelah lama tidak "didatangi" idea untuknya. Inilah yang pernah saya luahkan dalam posting saya terdahulu dimana, jika kita bukan seorang penulis, amat sukar bagi kita untuk menulis dan menacari adie untuk tulisan kita.

Untuk dijadikan cerita, semalam ( selasa, 24 Jun 2008 ) saya bersama dua lagi teman saya menjadi "musyrif" kepada 15 orang akhawat Johor yang mengadakan Usrah di Qanatel. Perjalanan yang agak memenatkan ini bermula jam 8 pagi dan saya tiba semula di rumah jam 10.30 malam. Amat menarik Qanatel tersebut. Ia sebuah taman yang cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah seperti hari kelaurga BKAN atau DPM juga sesuai dijadikan salah satu tempat pertemuan untuk aktiviti muzakarah berkelompok seperti Usrah .

Namun, apa saya saya hendak tekankan di sini bukanlah mengenai keindhan dan kecantikan Qanatel tersebut, tetapi mengenai Muzakarah Berkelompok atau Usrah yang kini semakin dilupai oleh para Azhari. Tidak semua Azhari dan Azhariat dapat menyelami dan memahami konsep Usrah itu sendiri. Tidak memahami apakah kepentingannya dan kesannya dalam menyatu padukan ummah yang kini mengalami krisis jiwa dan rohani yang dahsyat.

Secara peribadi, cukuplah jika para Azhari dan Azhariah kini memahami konsep sebenar Usrah dan tujuannya. Setelah itu barulah memahami akan maksud, rukun dan segala yang berkaitan denganya. Ini kerana, apa yang saya lihat betapa kita meletakkan dalam jiwa kita bahawa aktiviti seperti ini membuang masa dan tidak mendatangkan kesan dan faedah kepada jiwa dan masyarakat. Hal ini amat meleset dan saya tidak bersetuju. Tidak dinafikan jika program ini diadakan sekadar untuk rehlah atau suka-suka, sememangnya ia membuag masa, namun, jika konsep Usrah diterapkan, ia menjadi satu pertemuan yang barangkali ringkas tetapi memungkinkan kita membawa arus perubahan dahsyat dalam masyarakat untuk mengenali dan mengamalkan Islam yang syumul.

Ini jelas dibuktikan oleh sejarah dimana, pertemuan sulit dan tertutup Rasulullah bersama beberapa pemuda yang terawal menganut Islam pada awal misi dakwah baginda yang berpusat di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam akhirnya membawa kejayaan baginda dan para sahabat membuka negara Islam pertama dunia di Madinah dan terus menerus misi kejayaan mengislah ummah hingga kepada kejayaan membuka Kota Makkah Mukarramah hinggalah Islam pernah menanungi 2/3 dunia.

Di sini, saya mengulas serba sekidit menganai Usrah dalam bentuk yang mudah difahami dan insyaallah menjadi sebahagian daripada "bantuan" kepada para sahabat sekalian untuk mamahami apakah Usrah itu sendiri.

TAKRIF USRAH

Usrah dari segi bahasa membawa maksud "Keluarga". Dan dalam konteks kefahaman kita, boleh saya takrifkan

" Satu kumpulan Afradul Muslimin yang bersama-sama bertemu untuk memahami agama Allah dan berusaha untuk menerapkan nilai Islam dalam jiwa masing-masing dan diterjemahkan agar ia menjadi ikutan kepada keluarga, masyarakat dan negara "

Islam amat menitik beratkan membentukan ikatan perdauan sesama ummah. Ikatan inilah yang dinamakan Usrah dan dengan wujudnya ikatan ini, ia menjadi "pemimpin" kepada ummah supata mengarahkan diri untuk menjadi contoh tauladan mulia kepada orang lain dan dapat diperkuatkan ikatan persaudaraan yang telah sedia terjalin. Inilah yang dinakan kepada usrah Islamiah atau Keluarga Islam.

RUKUN USRAH

Rukun ikatan Usrah ini ada tiga perkara yang mana hendaklah kita memeliharanya serta mengambul berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan Usrah tadi tidaklah menjadi satu bebanan. Rukan tersebut ialah ;

1) At-Taaruf

Erinya, berkenalan diantara satu sama lain. Konsep taaruf ini bertujuan agar kita semua mengenali anggota usrah dan sahabat kita dengan lebih jelas dengan taaruf ini kita dapat menyuburkan rasa kaih dan sayang kepada sahabat kita atas dasar Iman dan Taqwa. Bertemu dan berpisahnya kita juga kerana Allah. Dengan taaruf ini juga kita dapat menilai erti sebenar ikatan ukhuwwah yang berlandaskan syariat. Kita juga dapat mengelakkan sebarang unsur yang boleh mengeruhkan ikatan persaudara kita dengan memahami akan konsepnya.

Firman Allah swt

إنــما المؤمنون إخوة

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرّقوا

"dan perpeganglah dengan tali Allah semanya dan janganlah kamu berpecah belah"

Hadi Rasulullah saw

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشدّ بعضه بعض

"orang mukmin bagi mukmin itu ibaratkan bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain"

المسلم اخ المسلم لايظلمه ولايسلمه

"orang muslim ialah saudara bagi muslim lain. Ia tidak menzaliminya dan tidak pula membiarkannya"

مثل المؤمنين في توادّهم وترتجمهم وتعاطفهم كمثل الجسد الواحد

"perbandingan orang-orang mukmin dalam ertikata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam simpati mereka laksana badan yang satu"

2) At-Tafahum

Maksudnya bersefahaman. Sahabat sekalian perlu terus berpegang dengan kebenaran. iaitu dengan bersama-sama mengerjakan perintah Allah dan juga bersama-sama meninggalkan larangan Allah swt. Kita juga perlu bersama-sama memperbaikdiri agar kita benar-benar sentiasa dalam acuan Allah dan tidak ingkar kepadaNya.

Konsep nasihat menasihati juga perlu diterapkan agar kesefahaman yang utuhatas dasar iman dapat dijaga dan dipelihara bersama. Dalam aspek nasihat menasihati ini, hendaklah sahabat sekalian sentiasa bersedia menerima nasihat. Jangan mudah marah atau bersikap tidak jujur kepada diri dan sahabat kita yang lain. Kesediaan berubah kearah kebaikan perlu sentiasa disemai.

Sahabat juga perlu memastikan agar setiap teguran dan nasihat perlu berlandaskan hikmah bagi memastikan tidak ada sahabat kita yang terguris hatinya atau berkecil hati kepada kita. Ini perlu agar bibit persaudaraan yang menguntum tidak docemari dengan racun permusuhan.

3) At-Takaful

Maksudnya berseimbangan. Konsep ini merupakan dasar memelhara nasib sesama sendiri agar jangan ada sahabat kita yang terbiar nasibnya. Kita perlu mengamalkan dasar ini dengan jujur dan semampu boleh agar bebanan sahabat kita yang ditimpa ujian getir daripada Allah dapat diringankan dan dirasai bersama. Inilah tunjang iman dan intisari ukhuwwah sejati. Sentiasa bertanya khabar sesama sendiri dan ziarah menziarahi perlu agar kita sentiasa peka kepada sahabat sendiri.

Sabda Rasulullah saw

لأن يمشي أحد منكم في حاجه أخيه خيرله من أن يعتكف في مسجدي هذا شهرا

"kalau seseorang dari kamu berjalan kerana hendak menolong sudaranya adalah lebih baik daripada beriktikaf sebulan di masjidku ini"

BAGAIMANA DAN DIMANA USRAH INI DIADAKAN

Secara ringkas dan peribadi, bagi saya, Usrah boleh diadakan secara bergilir-gilir di rumah anggota usrah yang lain. Pertemua juga boleh dihadkan mungkin seminggu sekali pertemuan atau paling minima, sebulan sekali pertemuan. Jangan menangguhkan usrah terlalu lama kerana bimbang melunturkan semangat ahli.

Namun kini, usrah juga sering diadakan dil uar seperti di taman-taman, tepian pantai dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa usrah bukan sahaja satu halaqah di mana dimulakan dengan membaca Al-Quran dan diakhiri dengan isu semasa, bahkan setiap pertemua kita sesama sahabat dimana pun jua, jika ia berlandaskan syariat Allah, ia tetap dikatakan usrah.

ANTARA ADAB-ADAB USRAH

Usrah mempunyai banyak adabnya, antara adab yang dapat saya nyatakan di sini ;

1) Sentiasa Menepati masa

2) Jika tidak dapat hadir, segera maklumkan kepada naqib

3) Tidak membuang masa

4) Amalkan salam

5) Sentiasa dalam keadaan berwuduk

6) Betutur dengan bahasa yang sopan

7) Mengenakan Pakaian yang sopan dan sesuai dengan susana majlis.

8) Memulakan pertemua dengan mebaca Al-Fatihah dan mengakhirinya dengan
surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah.

Inilah serba ringkas mengenai Usrah yang boleh saya terangkan kepada anda sekalia. Bersamalah kita berusaha untuk memperkasakan diri dengan ilmu dan menyibukkan diri kita dengan mencari ilmu Allah demi memasikan ummah kita terbela.

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN