Saturday, January 31, 2009

REALITI DUNIA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحـــمد لله زكفى والصلاة والسلام على رسول الذي المصطفى وعلى آله ومن اهتدى وأما بعد


Alhamdhulillah, syukur saya panjatkan kehadrat Rabbul Jalil diatas kurniaan nikmat Iman dan Islam serta pelbagai nikmat kepada saya dan seluruh hambaNya untuk terus hidup dan berbakti.

Semalam ( Jumaat, 30 Januari 2009 ), saya bersama rakan serumah pergi mendengar ceramah umum anjuran Muslim Care Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia. Ceramah yang menampilkan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan di Gaza. Turut menyampaikan pidatonya, YB Salahuddin Ayob dan YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Agak terkejut, dan kurang yakin apa yang disampaikan oleh salah seorang pemidato, Dr Hatta Ramli mengenai tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, bertindak meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza. Ini kerana beliau berasa amat kecewa dengan tepukan gemuruh tanda sokongan terhadap ucapan emosi Peres yang mempertahankan tindakan Israel membunuh lebih 1,300 penduduk Gaza.

Inilah sebenarnya realiti dunia. Musuh Islam tetap musuh, tidak sesekali menjadi kawan. Mesir sendiri, yang mana, bersebelahan sahaja dengan Rafah, Gaza, namun, bagaimana pengkhianatan presiden dan kuncu-kuncunya menutup sempadan, menghalang sebarang bentuk bantuan daripada pelbagai pihak walaupun daripada Mesir sekalipun untuk meringankan sedikit bebanan meraka yang dizalimi. Atas alasan, menjaga perjanjian.

Saya, secara peribadi memberikan sokongan dan penghormatan tinggi terhadap pendirian Erdogan. Semoga tindakannya itu, menterjemahkan beliau peka dan ikhlas dalam semangat untuk mengembalikan hak dan kedamaian di bumi Palestin dan semua negara Islam yang dipijak dan dizalimi oleh Zionis Israel laknatullah. Secara peribadi juga, jika bukan kerana Universiti Al-Azhar itu di bumi bertuah Mesir ini, jika tidak kerana para anbiyak dan auliyaknya, Demi Allah, Tuhan empunya segala alam, sudah tentu saya akan pulang ke tanah air dan tidak akan kembali semula ke sini.

Malaysia sebagai contoh, adakah mampu pimpinan kerajaan pilihan hati kita memutuskan hubungan diplomasinya bersama Amerika sepertimana yang dilakukan oleh Venezuela. Syukur kerana, Malaysia tidak ada apa-apa hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Putuskan juga hubungan diplomasi dengan mana-mana negara yang memberi sebarang bentuk bantuan terhadap Israel dalam usaha mereka memusnah tamadun Islam.

Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang baru di dalam ikrarnya, mahu menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Islam tetap membawa misi syaitan Bush dan kuncu-kuncunya kerana menyokong pentadbiran bekas Presiden George W. Bush yang menyokong usaha Israel untuk menghapuskan penduduk Palestin di Gaza. Obama yang memberi sokongan kepada Yahudi yang menyerang Gaza pada 27 Disember lalu.

Tindakan sokongan AS itu menjadikan Israel sebuah negara kuasa nuklear sekali gus memperkukuhkan kuasa tenteranya yang bakal menjadi ancaman terhadap seluruh negara Islam. Inilah hakikatnya yang saya nyatakan tadi, musuh tetap musuh. Sekali-kali yahudi, nasrani tidak akan setia pada ikrar dan janji. Israel sendiri semasa Arial Sharon laknatullah menjadi perdana menter, sudah berkali-kali membuat janjian damai dan renjatan senjata, namun, dimungkiri. Maka bernarlah firman Allah taala ;

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصـرى حتّى تتّبع ملتهم
dan sesekali tidak akan redha kepadamu akan yahudi dan nasrani sehingga kamu mengikuti agama meraka
(surah al-baqarah : 120)

Saya sependapat dengan sahabat saya kalam-ummah, Kalau sayalah yang menjadi Erdogan, bukan sahaja saya keluar, tetapi, lunyai Shimon Peres laknatullah itu saya kerjakan. Namun, mungkin Erdogan juga mahu menjaga mileage politiknya atau mungkin dia tidak seemosi Peres.

Apakah sumbangan saya dan sahabat sekali dalam isu ini. Memboikot? Saya secara peribadi mengakui akan lemahnya iman dan sentiviti. Rasa malu kuat menyelubungi diri kerana masih lagi ada beberapa barangan yang saya gunakan termasuk dalam senarai yang perlu diboikot. Namun, saya ada pendirian saya sendiri mengenai soal boikot, tetapi tidak perlulah saya nyatakan. Apa yang pasti, saya tetap mengutamakan amalan boikot ini.

Bersamalah kita bersatu dalam usaha memerdekakan bumi Palestin dan seluruh negara Islam yang dizalimi. Biarpun hanya bantuan LE 1, ia cukup bermakna untuk mereka. Jangan nanti kita dipersoalkan oleh saudara-saudara kita dihadapan Allah kelak akibat sikap tidak ambil peduli kita terhadap mereka dalam perjuangan mempertahankan akidah, negara dan maruah. Di sana, apalah lagi hujjah kita? Apakah lagi kita boleh membantu? Tidak sahabat, tidak.

Kepada pendokong gerakan Islam dan penyokongnya, sama ada di Malaysia mahupun di serata dunia, taatilah akan pimpinan. Jika terdapat kecacatan dalam jamaah, bersuaralah dan perbaikilah dengan hikmah. Jangan sesekali meninggalkan jamaah, HARAM hukumnya. Semoga segala usaha kita dinilai oleh Allah dan melayakkan kita menikmati redhaNya dan merasi SyurgaNya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم


0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN