Saturday, January 17, 2009

Kepala Babi Di Surau API, UM : Satu Pengkhianatan Kepada Rumah Allah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وكفى والصلاة والسلام على رسول الذي مصطفى وعلى آله وأصحابه ومن اهدى وأما بعد


Bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana masih diberikan nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan mental dan fizikal untuk menempuh hari-hari mendatang.

Saya amat terkejut dengan berita yang disiarkan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mengenai satu tindakan yang terlalu bodoh, biadap, serta memalukan umat Islam di Malaysia khasnya dan di luar negara amnya. Isu mengenai kepala babi yang diletakkan di atas bendera parti PAS dan ia diletakkan di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM itu.

Persoalan saya, mengapa perlu babi? Mengapa pula bendera PAS? Dan mengapa ia perlu diletakkan di dalam surau?

Isu mengenai hal ini, bagi saya, umat Islam perlu peka terhadap kebidapan manusia yang hilang waras pemikirannya apabila perasaan dendam, marah serta hasad dengki merajai diri. Kerana marahkan golongan tertentu, sanggup menggadai maruah diri dengan melakukan pencerobohan yang saya anggap tidak bermaruah di rumah Allah sehingga menghina rumah Allah sebegitu rupa.

Pilihanraya kampus kini semakin lama, semakin dicemari dengan pelbagai adegan dan tingkah laku yang tiada moral dan tiada sifat takut kepada Allah khasnya. Kemana hilangnya Iman dan beradaban yang dididik selama ini, daripada bangku sekolah hinggalah digelar mahasiswa? Bagi mahasiswa UM khasnya API, isu tersebut dianggap sebagai satu sabotaj atau protes yang ditunjukkan oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan Pro Mahasiswa yang kononnya dikatakan, pro kepada pembangkang, namun, bagi saya, ia merupakan satu PENGKHIANATAN dan PENCEROBOHAN TIDAK BERMARUAH di dalam rumah Allah swt.

Inilah hasilnya apabila manusia itu sombong dan angkuh serta berpaling arah daripada Tuhannya. Apabila manusia cuba itu mencari "arah" sendiri dengan berpaling daripada fitrah yang ditetapkan Allah, maka, kebododan dan kejelikan amarah manusia kian terserlah. Isu inilah antara satu contoh.

Saya yang kini berada di Mesir, serta seluruh mahasiswa/siswi Universiti Al-Azhar, Mesir sesekali TIDAK AKAN REDHA dengan perbuatan itu dan kami berdoa agar Allah memberikan balasan serta amaranNya kepada sipelaku. Demi Allah, kami sesekali tidak Redha dengan perbuatan ini.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

1 fikrah:

Pandu Wisata said...
This comment has been removed by the author.

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN