Thursday, January 15, 2009

Blog, Blogger, Blog Rosak

بسم الله الرحـــمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشــرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصـــحابه أجمعين وأما بعد

Al-hamdulillah, akhirnya, siap juga saya membina kembali laman blog peribadi saya yang mana, blog asalnya "rosak". Syukur juga kerana, biasanya, saya mengambil masa dua hari untuk membina blog, namun, setelah hampir sekian kalinya blog saya "bermain-main" dengan kod-kod, akhirnya, untuk kali ini, saya mengambil masa hanya enam jam.

BUKAN MUDAH

Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya bagi saya yang sememangnya tidak begitu mahir dalam bidang ini untuk memanipulasikan kod-kod blogger yang sedia ada. Walaupun, untuk membina tapak laman atau template, ada disana disediakan laman-laman tertentu untuk kita memilih tapak laman yang menarik seperti di pyzam.com, final-sense.com dan sebagainya, namun, saya lebih berminat menggunakan tapak laman (template) yang disediakan oleh blogspot ini dan saya ubah sendiri mengikut citarasa saya. Sepengalaman saya, tapak "denim" yang kini saya gunakan dan tapak "minima white" agak mudah untuk kita ubah sedikit seperti sisipan tepi (side bar), asalnya hanya satu, kita boleh buat lebih daripada satu. Tidak dinafikan, semuanya boleh, namun, sepertimana yang saya katakan tadi, dua tapak seperti yang dinyatakan itu bagi saya, agak mudah.

NAK JADI BLOGGER

Lagi satu, jika kita sebut laman web peribadi samaada blogspot atau mana-mana laman lain berbayar mahupun tidak, saya fikir, semua orang teruja dengan adanya laman sendiri. Tidak kira samaada saya sebagai seorang pelajar, atau sesiapa pun dia, peniaga, usahawan , ahli politik dan lain-lain, semua mahu bina laman maya peribadi.

Tidak salah sekiranya saya gunakan skala daripada satu hingga sepuluh, boleh dikatakan lapan daripada rakyat malaysia tidak kira umur dan profesyen ada laman maya peribadinya. Namun, apa yang susah bagi saya ialah, untuk terus komited sebagai seorang blogger dari segi pengeditan dan pembaharuan dari semasa kesemasa terutamanya, bagi blogger yang blognya menjadi tumpuan ramai samaada sumber berita, bahan rujukan ilmiah dan sebagainya, perlu sentiasa peka dan prihatin mengenai blog atau lamannya.

BLOG ROSAK

Sebenarnya, bukanlah saya ni terlalu rajin sangat nak mengedit blog. Tetapi sebabnya ialah, saya mahu mengubah beberapa bahagian tertentu dalam blog lama saya. Tetapi malangnya, setelah beberapa kali membuat pengeditan, tiba-tiba saya sendiri "blur" dengan kod-kod blogger yang saya sendiri ubah.

Saya tidaklah terus membuat blog baru kerana saya serik untuk buat blog ni kerana walaupun tidak perlu bagun kesana dan kemari, hanya duduk di atas kerusi dan jejemari memain "mouse" dan "keyboard", namun, membina blog ni, memang cukup memenatkan. Saya dengan tekun, cuba membaiki kembali kod-kod yang telah saya sendiri gondam dengan harapan agar ia kembali seperti sediakala, tetapi akhirnya, saya bertambah keliru kerana kod-kod terebut, jika saya mahu "save", ada sahaja "eror" yang muncul. Ah...saya mula berangin satu badan, saya shut down laptop saya, dan tidur.

BLOG INSPIRASI

Walaupun saya tension tahap dewa, namun, rasa "sayang" pada blog yang lama tiba-tiba datang. Bukan apa, untuk bina blog-blog saya sebelum ini, saya melibatkan jasa beberapa abang seniur saya antaranya Ustaz Zaki Md Noor dan Ust Akmal. Mereka berdua memang banyak berjasa pada saya walaupun metod mereka berdua mengajar saya mengenai blogspot berbeza.

Kalau Ust Akmal, dia lebih suka tunjuk sekali lalu dan hanya memberikan klu sahaja untuk membuat sesuatu. Jadi, pandai-pandailah saya mencari caranya sendiri. Tidak dinafikan juga Ust Akmal ada juga tunjuk beberapa perkara secara satu persatu. Ust Zaki pula, boleh kata "mahaguru" blog pada pelajar-pelajar Johor di Wadi Al-Nil ini. Mana tidaknya, sebut sahaja masalah mengenai blogspot, secara spontan sahaja, dia boleh jawab. Ust Zaki juga caranya, dia memang suka tunjuk satu persatu tapi dengan syarat, rajin-rajinlah bertanya dengannya, baru dia akan tunjuk.

Tak mengapalah, kembali pada cerita, saya pun selepas pulang dari rumah kawan di Musallas, selepas solat Isyak, saya terus "melekat" atas kerusi dan terus menggondam kembali kod baru untuk membina laman blog baru saya.

Mengenai blog aspirasi, saya mendapat idea mengenai cara saya bina laman ini melalui blog ini. Harapannya, tuan punya blog, jangan cakap menciplak hasil kerja pula, nampak sahaja sama, tetapi tidak serupa. Saya gunakan beberapa kemahiran yang saya ada untuk mengubah suai beberapa kod dan sedikit kemahiran adobe dan swish untuk menghasilkan laman ini.

DEDIKASI

Walau apa pun, saya masih lagi "mentah" dalam bidang ini. Saya sebenarnya banyak terhutang budi kepada nama-nama yang saya sebutkan tadi dan saya juga berterima kasih kepada Ust Faiz Abidin, Ust Fairuz Tamjis, Ust Asmuni Abdullah dan beberapa nama lagi yang tidak dapat saya sebutkan. Harapan saya, janganlah jemu mengajar saya walaupun saya ini, memang agak lambat dalam memahami sesuatu. Allah sahaja yang layak membalas.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN