Wednesday, January 14, 2009

Ragam Peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحــــمد لله رب العالمين والصلاة والســلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصــــحابه أجمــين وأما بعد


Selamat menduduki peperiksaan saya ucapkan kepada seluruh warga Al-Azhar amnya dan ahli bait Tanjung Puteri Khasnya. Semoga Allah memberikan ketenangan jiwa kepada kita untuk sama-sama mengapai misi kejayaan demi masa hadapan yang gemilang.

Biasanya, kalau kita semua berada dalam fatrah peperiksaan terutamanya jika dalam tempoh masa terdekat peperiksaan, kebanyakkan rutin harian akan berubah. Daripada yang suka tidur dari pagi hingga ke pagi hari berikutnya akan mula mengurangkan tidurnya kepada dua atau empat jam sahaja. Ada juga yang sememangnya ulat buku, masa-masa begini, akan bersama bukunya sahaja dan hanya berhenti untuk solat dan makan sahaja, mungkin tidur sebentar. Dan macam-macam lagi lah.

STUDY

Berlainan dengan saya pada tahun ini. Pada sesi pembelajan kali ini, al-hamdulillah, ahli bait saya suka study beramai-ramai diruang tamu. Walaupun subjek yang berlainan dan jika sama pun, tahun kuliah yang berlainan, tetapi semangat untuk belajar terserlah. Sekurang-kurangnya, ia memberikan semangat atau dorongan untuk saya turut serta seperti mereka kerana, dalam lapan orang ahli bait Tanjung Puteri, saya seorang sahaja yang ganjil kerana, suka tidur.

Insyaallah, saya akan usaha juga kerana kertas pertama saya untuk semester ini, 20 Januari akan datang.

MASAK

Saya mula berfikir, saya hendak mengurangkan makan. Bukan beerti saya ini kuat makan, badan sahaja berisi, tetapi makan sekadar perlu sahaja. Cuma apa yang merunsingkan saya ialah, ahli bait saya selalu berpuasa. Bukan puasa sunat, apatah lagi fardhu, tetapi, jenis "rajin" nak memasak.

Jika sebelum ini, setiap hari, ada sahaja lauk pauk yang terhidang walaupun selalunya, sarapan bagi kami jam 12 tengahhari dan makan tenggahhari pula jam 5 petang. Tidak mengapalah, yang penting ada yang masak dan pastinya kami akan makan. Tetapi, sebaliknya yang berlaku.

Ada juga dua orang ahli bait saya, Awang dan Abu (bukan nama sebenar), mereka ada satu program khas yang dinamakan "Program Membuluh". Difahamkan, mereka ada jadual tertentu dan jenis diet yang perlu diamalkan untuk memastikan mereka akan turun berat badan sasaran 5 KG dalam masa sebulan ini.

Namun saya, saya tidak boleh macam itu. Bila saya rasa nak makan, saya akan makan. Tapi, inilah fenomena yang mungkin akan berkahir selepas Universiti Al-Azhar menamatkan peperiksaan untuk semester ini.

TAK BALIK RUMAH

Kesian saya dengan seorang teman saya. Sejak kebelakangan ini, dia kurang berada dirumah. Katanya, study bersama rakan ditempat lain. Tidak apalah, asalkan study. Cuma, jika sejam di rumah, tiga atau empat hari lagi baru akan jumpa dia di rumah. Rindu pula rasanya. Tapi, mungkin ada hikmahnya, kerana, dia ini suka membebel (gurauan imtihan).

Dan seorang lagi pula, dia ini, ada sahaja di rumah, tetapi, banyak menghabiskan waktu di "bawah rumah". Mungkin bosan agaknya dan mungkin juga dengan alasan yang sama, study. Lagi seorang, study dirumah temannya di satu kawawan di Hayyu 10.

Jadi, mereka ini, jaranglah saya jumpa di rumah kecuali yang di bawah rumah.

FILEM HINDUSTAN @ DATUK SHAHRUKH KHAN

Walaupun dalam susasa "demam peperiksaan", filem atau movie tertentu tetap menjadi kewajiban untuk dicopy atau download. Filem melayu, carekarama, Holleywood, Bolleywood, lagi menarik, filem-filem Jepun dan Korea sama ada seepisod atau berantai, semuanya dilayan.

Tidak ketinggalan kami untuk menonton filem baru selesai download lakonan Datuk Shahrukh Khan. Memang, periksa, periksa juga, tapi, hindustan tetap layan.

Memang seronak. Sebab ramai pentaklik cinta di rumah saya ini. Dan kebetulan pula, filem ini mengisahkan cinta seorang wanita yang hampir berkahwin dengan pasangan pilihannya terpaksa menelan pahit hempedu ujian hidupnya apabila pasangannya meninggal dunia dalam kemalangan dihari perkahwinannya. Wanita itu terpaksa mengahwini lelaki lain yang tidak pernah dicintainya.

Seronoknya apa, bukan filemnya, tetapi beberapa pentaklik cinta tidak bertauliah akan mentaklik setiap scene dalam filem ini. Memang seronok. Kalau nak ceritanya, datanglah ke Villa Tanjung Puteri.

Jadi, macam-macam gelagat sebenarnya yang saya dapat lihat. Tetapi apa-apa pun mereka inilah ahli bait saya dan kalau saya susah, merekalah orang pertama yang akan saya minta pertolongan.

UNTUKMU

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir ke 24 kepada sahabat saya juga sahabat serumah saya, Sufi Bin Jamian. Doa kami agar panjang umur dan murah rezeki. Maaf tahun ini kami tidak sempat nak sediakan kek tapi insyaallah, ada masa, aku belanja makan. SELAMAT HARI LAHIR.

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN

وصلى على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجـــمعين

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN