Monday, January 26, 2009

LAST PAPER

بسم الله الرحمن الرحيم
الحـــمد لله وكفى والصلاة والسلام على رسول الذي المصطفى وعلى آله ومن اهتدى وأما بعد


Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Rabbul Jalil kerana diberikan nikmat Iman dan Islam serta pelbagai nikmat yang semuanya itu memungkinkan kepada saya dan seluruh manusia hidup dan berbakti kepadaNya.

LAST PAPER

Alhamdulillah, tanggal hari sabtu 24 Januari lepas, merupakan hari terakhir saya menduduki peperiksaan semester ini. Tarikh Tasyrik melihatkan soalannya yang agak mudah dan saya berpuas hati dengan jawapan saya. Begitu juga dengan rakan-rakan sekuliah lain, semuanya tersenyum kerana soalan "mudah". Mudah-mudahan, saya lulus subjek ini.

Pada tahun ini, saya "berpeluang" merasa menduduki peperiksaan di dalam "garaj" khas yang dibina. Biasanya, dalam kelas di bangunan kuliah Usuluddin.

KANTOI

Sedang kami asyik dan khusyuk menjawab terutamanya saya, idea dan ilham datang mencurah-curah untuk menjawab, terganggu seketika dengan kekecohan antara pengawas peperiksaan, doktor dan dua pelajar arab.

Saya tidak tahu menahu apa yang terjadi, tetapi yang pastinya, doktor menyuruh dua pelajar tersebut keluar meninggalkan dewan peperiksaan dan pelajar tersebut asyik menyebut ; "wallahhil 'azim, wallahhi...". Tetapi doktor tetap menyuruh mereka keluar.

Selesai menjawab, selesai semakkan dan berpuas hati dengan jawapan didorong oleh ramai kawan-kawan yang dah keluar menghantar kertas jawapan kepada muraqib, saya pun bangun mengikut jejak langkah mereka. Selesai, saya keluar dan bertanya dengan beberapa rakan mengenai kejadian tadi. Rupanya, kantoi meniru.

Kata saya, "orang arab pun meniru, apatah lagi kita orang melayu". Tetapi Alhamdulillah buat masa ini, selama tiga tahun saya di Al-Azhar, masih belum dengar ada pelajar Malaysia yang dihalau keluar kerana kantoi meniru.

SINAI DAN SHARM EL-SHEIKH

Bertemu dengan beberapa rakan yang turut selesai menjawab, menuju pula ke kedai makan Al-Hawariy. Berceritalah meraka bahawa ada satu persatuan pelajar Malaysia menganjurkan program jaulah popular ke Sinai. Tambah menarik pula, ada pekej tambahan yang sukar didapati jika mengikuti mana-mana persatuan lain terutamanya PMRAM iaitu ke Sharm El-Sheikh.

Masing-masing teruja untuk pergi tambahan pula, bayaran katanya murah, LE 280. Seorang daripada kami cakap, "buat apa nak pergi sana, tempat bogel-bogel". Jawab seorang lagi, "mana enta tau bogel-bogel? Inikan musim sejuk, siapa mahu bogel?"

Saya mencelah, "Ha...pergi sahajalah..."

Saya ada dengar daripada kebanyakkan seniur saya di Al-Azhar di mana, pernah berlaku seorang mahasiswa dibuang daripada pengajian di Al-Azhar kerana, didapati berada di Sharm El-Sheikh. Maka, ia membawa maksud, tempat itu sememangnya sarang maksiat di Mesir ini.

Saya sendiri pun tidak tahu sejauh mana berita ini sahih dan sejauh mana "maksiatnya" kerana saya sendiri tidak pernah sampai ke Sharm El-Sheikh.

AKTIVITI

Sampai sahaja rumah, solat asar kerana lagi setengah jam untuk maghrib. Usai solat, disapa oleh ahli bait saya, "ok, medeka?...bagus".

"Merdeka apa, semester akan datang lagi mencabar". Jawab saya. Insyaallah, mudah-mudahan tenang.

"So...apa je aktiviti? clubbing?..." sampuk seorang lagi ahli bait saya berseloroh. Secara tidak langsung saya teringat akan beberapa kerja yang tertunda. Sijil Seminar Ilmu Falak, bina laman blogspot untuk Buletin Aljauhar dan macam-macam lagi.

Hari ini, saya perlu baiki sebuah PC yang bermasalah. Semalam sebuah laptop. Berkemungkinan ada lagi PC yang akan sampai untuk saya baiki.

Dalam fikiran, sudah ada Sinai, Muhafazah dan lain-lain lagi. Teringat pula mengenai program perasmian Asrama Pelajar Johor yang baru yang insyaallah akan dirasmikan oleh DYTM Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar Al-Haj, Tunku Mahkota Johor yang dijadualkan pada 18 Febuari ini. Saya telah menerima panggilan daripada YDP BKPJM dan diamanahkan menjadi setiausaha kerja bersama SUA BKPJM.

PAMERAN BUKU ANTARABANGSA KAHERAH

Cemburu juga lihat kawan-kawan ke sana dan memborong kitab-kitab yang pastinya sukar didapati di mana-mana kedai buku di sini. Tetapi, berkemungkinan saya tidak ke makrad tahun ini. Alasannya, kitab saya sudah agak banyak, semasa tahun pertama sampai kebumi Mesir ini, saya dan beberapa kawan sudah memborong kitab. Namun, alasan utamanya ialah, modal sudah tiada. Asalnya ada dan beribu-ribu jugalah nilainya namun, ia habis dalam masa sehari sahaja akibat membeli sebuah "kotak hitam" berjenama ACER Extensa 5620.

Entalah. Macam-macam sahaja yang dirancang selepas peperiksaan. Yang pastinya saya lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja. Tiada mood nak berjalan-jalan sebagaimana dahulu. Kawan-kawan di muhafazah juga ada mempelawa kerumah mereka. Yang di Mansurah mengajak ke Gamasah. Rakan di Dumyat pula mengajak mencari kerang yang katanya besar-besar timbul di tepian laut. Macam-macam lagi.

Pendek kata, ada mood dan ada duit, berjalan, melancung, jika tiada, duduk rumah diam-diam.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN