Monday, October 12, 2009

TAHNIAH PENGUNDI RASUAH BAGAN PINANG

بسم الله الرحــــمن الرحــــيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين


PAS ada bukti menunjukkan UMNO berkempen di Kem Tentera Bagan Pinang

Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Pertahanan Malaysia berkempen di Kem PRKN Bagan Pinang untuk calon BN
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana diberikan nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan tubuh badan untuk terus hidup dan barbakti.

Tahniah saya ucapkan untuk memulakan tulisan khas untuk Tan Sri Mohd Isa Samad, UMNO-BN dan semua pengundi yang memilih calon daripada UMNO-BN untuk menjadi ADUN Bagan Pinang dalam Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, 11 Oktober lalu. Kemenangan ini amat bermakna dan amat signifikan buat PM kita YAB Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abd Razak.

Kemenangan besar dengan majoriti 5, 435 merupakan kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333. Sekaligus, UMNO-BN mendabik dada dengan menyifatkan ia merupakan satu makna rakyat mula memberi kepercayaan kembali kepada UMNO-BN untuk membawa agenda pembangunan dan kemajuan Negara di bawah laungan satu Malaysia.

Soal kekalahan PAS dalam pilihanraya ini, jika saya hendak mengulas dari segi strategi, kerja dan sebagainya, PAS kita duduk diam. Bekerja keras siang dan malam bagi memastikan Bagan Pinang, dikuasai oleh PAS. Saya juga sedikit kecewa kerana tidak diizinkan untuk menjadi petugas PAS di sana. Namun, terimalah kekalahan ini sebagai satu teguran daripada Allah. Berkemungkinan kemenangan ini tidak membawa ertinya kepada PAS kerana Allah mahu melihat sejauh mana relevennya UMNO-BN mencalonkan kembali ahlinya yang pernah dikenakan tindakan disiplin kerana masalah rasuah.

Antara maruah dan rasuah, rasuah dipilih rakyat. Namun, saya tidak begitu yakin ini kehendak rakyat. Mustahil bagi saya seseorang yang rekodnya tidak bersih dan diketahui umum, dipilih oleh rakyat. Mesti di sana adanya pelbagai konspirasi yang kita sendiri tidak dapat ketengahkan. Serahkan ia pada Yang Maha Esa dan biarkan mereka yang pakar dan berpengalaman menilai kembali punca kekalahan ini.

Namun, sejauh mana UMNO-BN boleh berlapang dada dan tersenyum akan kemenangan ini? Di mana letaknya dasar memerangi rasuah yang dilaung-laungkan jika calonnya mempunyai rekod rasuah? Sejauh mana signifikan yang dimaksudkan? Beginilah konsep satu Malaysia yang dibangakan. Sudah lebih 60 tahun UMNO-BN memerintah. Pembanginan material sahaja yg dibanggakan, namun rohani ibarat berada di zaman firaun lagi.
Gelombang keyakinan dan kepercayaan rakyat yang menyokong kepemimpinan dan dasar BN ini diharap bukan saja berlaku di Bagan Pinang, tetapi di seluruh negara.
( Muhyidin Yasin, Berita Harian )
Gelombang keyakinan dan kepercayaan rakyat sudah lama terkikis dengan segala bentuk ketidak telusan kerajaan yang memerintah. Rasuah, korupsi dan segala bentuk pecah amanah dan pengkhianatan terhadap harta rakyat sudah menjadi darah daging. Di mana nilainya sebuah kerajaan yang pernah melaungkan semangat Islam Hadhari? Mengapa ia terkubur selepas turunnya Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia? Saya yakin, dasar Tun Abdullah untuk memerangi rasuah terjejas dan nyata UMNO-BN mengiktiraf rasuah dengan tercalunnya Tan Sri Isa dan ditakdirkan Allah, kemenangan milik meraka juga. Berkemungkinan Pak Lak sedikit kecewa dengan hal ini (tekaan saya semata).

Ucapan saya untuk pengundi UMNO-BN, berbahagialah dengan calon anda. Sejahteralah rakyat dengan rasuah.

Untuk para pekerja dan petugas PAS, ingat, jangan hanya post moterm jenjera PAS hanya sekadar faktor luaran, lihat dalaman. Rujuk para ulamak kita untuk mendapatkan penawarnya semula kerana mungkin Allah menegur atau menjentik kita agar kita sedar daripada kealpaan. Kita terima kekalahan ini dengan hati redha dan doakan orang yang memilih calon ini, agar berpeluang melihat kerosakan demi kerosakan yang berlaku angkara tangan-tangan durjana manusia yang ingkar kepada perintah Allah.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN