Monday, October 19, 2009

APPLE MAC NOTEBOOK & APPLE PRODUCT : JENAMA PASARAN KINI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين وأما بعد

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana nikmat Iman dan Islam serta nikmat kesihatan untuk terus hidup dan berbakti.

Penggunaan Komputer Peribadi (PC) kini telah mengalami satu evolusi teknologi yang cukup deras. Penggunaan komputer meja (Desktop) kini telah bertukar kepada penggunaan komputer riba (laptop) yang dilihat lebih efektif dan mesra pengguna. Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) adalah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) yang terintegrasi pada sebuah selongsong. Beratnya berkisar dari satu hingga enam kilogram tergantung dari ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengisi ulang bateri dan menyalakan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar satu hingga enam jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri.

Komputer riba memiliki komponen-komponen pendukung yang dicorakkan secara khusus. Komponen tersebut dicorakkan untuk menyesuaikan dengan mudah alih komputer riba sendiri. Sifat utama yang dimiliki oleh komponen komputer riba adalah ukuran yang kecil, jimat kegunaan tenaga dan cekap. Oleh itu harganya lebih mahal tergantung pada jenama dan spesifikasi penggunaan.

Pelbagai jenama komputer riba di pasaran. Acer, Dell, HP antara pilihan ramai. Acer sebagai contoh, harganya yang murah serta kualitinya juga sama seperti Dell, HP dan lainnya lebih menarik minat semua golongan terutamanya pelajar. Harganya yang murah serta berpatutan ditabah dengan aplikasi dalamannya yang sama sahaja dengan jenama lainnya antara faktor menjadikan Acer antara jenama terlaris di dunia.

Namun, Acer, Dell, HP, Sony, merupakan janama. Mengelurkan kelongsong luar (body) dan dalamannya daripada komponen syarikat yang berlainan seperti Microsoft. Sebagai contoh, Acer mengeluarkan kelongsong luar (body) dan alatan lain seperti Cakera Keras (HDD), Pamacu DVD/CD dan sebagainya daripada produk yang berbeza, terutamanya sistem pengedalinya (OS). Rata-rata menggunakan Microsft Windows.

Ia berbeza dengan Apple atau MAC notebook.

Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat di Cupertino, California. Apple mengembangkan, menjual, dan mendukung berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan.

Produk Apple Mac notebook adalah produk terjaga dan hanya resellers bagi syarikatnya sahaja yang boleh menjual, membeli dan memperbaiki alatan miliknya. Macbook daripada kelongsong luarnya (body) sehingga kepada sistem operasinya, daripada syarikat Apple sendiri. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Mac OS X v10.5 "Leopard" ialah salah satu daripada sistem pengendalian (OS) yang dikeluarkan oleh syarikat Apple Inc. Popular juga sebagai Leopard, OS ini merupakan OS yang ke-6 dalam siri Mac OS X terbitan Apple. Ia menawarkan sejumlah besar penambahbaikan berbanding OS sebelumnya, Mac OS X v10.4 "Tiger". Dilancarkan pada 26 Oktober 2007 dan ditawarkan dalam dua kelainan, iaitu versi "desktop" untuk komputer peribadi, yakni komputer meja dan komputer riba serta "server" untuk pelayan-pelayan skala besar.

Syarikat ini pada mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna. Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartfon iPhone dan sistem video digital Apple TVnya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.

Namun, pasaran untuk Apple dan segala produknya masih lagi suram di Malaysia. Semua produk syarikat ini datangnya dari Singapura sebagai pusat di Asia Tenggara. Namun, tetikus Apple, pemasangannya di Malaysia.

Bagi saya, masyarakat di Malaysia kebanyakkannya membeli pruduk elektronik dengan menilai sudut jenama yang dikenali dan reka bentuk luarannya. Jika kita bandingkan reka bentuk luaran Mac notebook dengan Sony Vaio, ternyata sony menjadi pilihan. Namun, bahan mentah yang di gunakan oleh Apple amat berkualiti berbanding semua. Mungkin ini antara faktor pasaran bagi produk Apple di Malaysia masih lagi suram.

Antara faktor sampingan, untuk produk daripada jenama lain seperti Acer, Dell dan sebagainya, jika berlaku kerosakan atau masalah seperti software atau hardware, kita lebih kepada untuk memperbaikinya sendiri kecuali jika masih ada jaminan. Pelajar-pelajar kini, saya kira sudah pandai untuk membaiki komputer peribadi sendiri. Tidak menggunakan modal yang banyak dan lebih puas hati. Ia berlainan dengan Apple yang perlu diserahkan kembali kepada agen syarikatnya untuk dibaik pulih. Kualiti dan barangannya terjaga. Kesukaran mungkin berlaku kepada yang tinggal di kawasan-kawan atau daerah berpekan kecil, sudah tentu tiada pusat agennya.

Perkembangan pasaran Apple di Malaysia tetap mendapat sambutan. Dengan produk smartphone iPhone, iPod Classic, iPod Touch dan pelbagai lagi barangan menarik minat golongan remaja dan pelajar sekolah. Kini, pemain music MP3 dan MP4 daripada produk Apple boleh dikatakan antara barangan mampu milik kerana promosi harganya. Mungkin dua atau tiga tahun dari sekarang, harga untuk sebuah produk Apple seperti Laptopnya seiring dengan harga-harga mana-mana jemana komputer riba yang ada di pasaran. Perkembangan teknologi amat pesat dan masing-masing mahu memperkenalkan produknya dan mempertingkatkan kualiti produknya untuk kepuasan maksima.

Kita tidak tahu sejauh mana perkembangan teknologi ini akan berkembang tetapi apa yang pasti, teknologi akan semakin maju dan drastik dari masa ke masa. Jika dahulu, telefon hanya digunakan sebagai alat perhubungan suara semata. Namun kini, dengan sebuah telefon bimbit, pelbagai aplikasi boleh dimanfaatkan. Kita perlu seiring dengan perkembangan ini agar kita tidak jauh dengan perkembangan teknologi semasa. Mungkin juga, satu masa nanti, teknologi-teknologi seperti ini merupakan alatan mampu milik oleh semua golongan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN