Saturday, March 21, 2009

KAMI KINI ENAM SAHABAT

بسم الله الرحـــمن الرحيم
الحــــمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وآصحابه أجــــمعين


Bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana diberikan nikmat iman dan Islam serta kesihatan tubuh badan yang berkekalan untuk terus berbakti.

AHLI BAIT PINDAH

Agak terkejut bila ada seorang ahli bait secara tiba-tiba membuat keputusan untuk berpindah atas alasan tertentu. Saya mula risau kerana memikirkan kekurangan ahli bait akan membawa sedikit masalah mengenai bayaran sewa. Rumah Tanjung Puteri, semua sudah tahu mengenai sewanya yang agak mahal berbanding dengan rumah sewa sahabat yang lain. Tetapi bukan yang termahal.

Saya mula berborak-borak kosong dengan beberapa ahli bait lain mengenai pengganti yang diperlukan. Buntu. Semua yang dicadangkan sudah ada kediaman pilihan masing-masing. Ada juga yang dipelawa, namun menolaknya dengan pelbagai alasan.

Tidak mengapa. Rezeki Allah yang beri. Saya yakin ada sahaja penggantinya nanti.

AHLI BAIT BALIK MALAYSIA

Tidak lama selepas itu, seorabg lagi ahli bait saya tiba-tiba sakit perut. Agak serius pada awalnya. Badannya lemah, kerap kali muntah. Sukar untuk tidur malam kerana menahan kesakitan.

Apabila dibawa ke hospital berhampiran, rupanya ada masalah gestrik. Risaukan dirinya, kami mengambil keputusan untuk memaklumkan hal ini kepada keluarganya.

Mendengar akan masalah ini dan beberapa perbincangan berlaku, akhirnya, keluarganya mengambil keputusan mengarahkan dia balik Malaysia untuk rawatan lanjut.

Sedih.

Pulangnya ke Malaysia berkemungkinan tidak kembali semula ke bumi Mesir ini. Namun, kami berikan semangat agar rehat dan jaga kesihatan di Malaysia juga dapatkan rawatan sempurna dan jangan lupa kembali semua ke bumi Al-Azhar.

Berkuranglah dua orang ahli bait kami.

RUMAH PERLU ISLAH ... KAMI PERLU PINDAH

Tuan rumah bercadang untuk mengislah kembali rumah kami ini. Dua bilik airnya, ruang dapur dan ruang tamu perlu dibaiki. Kami diberi peluang untuk berpindah sementara di rumah tingkat atas, dalam bangunan yang sama, rumah yang pernah diduduki oleh Ust Ahmad Yusuf, secara bertempoh atau terus.

Rumah itu sama sahaja besarnya seperti rumah kami. Harganya juga kurang LE 200 daripada rumah kami sekarang ini. Tetapi, ada beberapa kekurangan yang menyebabkan beberapa ahli bait saya yang lain kurang bersetuju pindah secara terus di atas.

Saya secara peribadi, boleh sahaja. Walaupun pindah merupakan satu perkara yang saya tidak suka, tetapi, bangunan yang sama, rumah sahaja berbeza, tiada masalah.

Rumah itu, besar seperti rumah saya kini, namun, hanya dua bilik berbanding empat di rumah kami. Tidak mempunyai saluran gas tabi'e sama ada di dapur dan bilik air. Lagi satu, tinggi sangat. Namun, ketinggian bukan masalah utama. Yang utama ialah, tiada saluran gas.

Ini bermakna, kami terpaksa menggunakan gas tong yang perlu ditukar setiap kali habis. Sama ada di bilik air untuk sakhonah juga dapur untuk memasak. Susah. Teruk. Penat. Itulah antara alasan beberapa ahli bait saya yang mengeluh kerana sebelum ini, rumah mereka dahulu menggunakan gas tong. Maka, mereka lebih tahu kesusahannya jika ia habis ketika diperlukan.

Logik. Kerana kawasan rumah saya ini, agak jarang orang yang jual gas tong yang memasuki kawasan rumah kami ini untuk ditukar. Maknanya, kami perlu ketempatnya bersebelahan hadiqah dauliah.

Ada cadangan, pindah sahaja di kawasan Manhal, rumah yang pernah diduduki oleh beberapa siswi Johor. Namun, rumah itu sudah diduduki. Cadangan lain, di kawasan Hayyu Asyir. Harga sewanya kurang LE 100 sahaja daripada rumah di atas rumah kami, dua bilik dan kecil. Rasanya, lebih baik duduk di sini sahaja.

KAMI KINI ENAM SAHABAT

Seorang pindah, seorang balik. Tinggallah kami berenam sahaja kini. Dalam benak fikiran saya, masih belum ada keinginan untuk meninggalkan rumah Tanjung Puteri dan Imarah ini. Namun, jika sepakat ahli bait saya yang lain untuk berpindah, saya perlu aku. Keputusan mesyuarat itu lebih utama.

Bagi saya, secara peribadi, saya amat sayang untuk meningggalkan Tanjung Puteri dan Imarah ini.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN