Wednesday, March 04, 2009

ANTARA HENDAK MARAH ATAU KETAWA

بسم الله الرحــــــــــــــــــــــمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين وأما بعد


Bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana kurniaan nikmat Iman dan Islam dan nikmat kesihatan tubuh badan, rohani jua jasmani untuk terus berbakti.

KEMBALI KE KAMPUS

Alhamdulillah, kampus Al-Azhar telah pun dibuka dan kuliah telah bermula. Walaupun telah dibuka 14 Februari lepas, namun, tidak serancak kuliah awal bulan ini. Jadual pun sudah penuh walaupun mungkin akan ditukar selepas ini.

Bagi pelajar yang mengulang dan pelajar berkecuali, beberapa kitab berubah seperti Usul Feqh Maudhu'ie.

Agak ringan bagi saya pada sesi ini, kuliah hanya pada hari Ahad hingga Selasa sahaja. Sungguhpun begitu, saya perlu berusaha untuk memastikan saya tidak lagi mengekalkan status diri sebagai "pelajar tahun satu" untuk tahun akan datang. Insyaallah.

BOM

Gempar, bazar Khan Khalili, atau lebih kita kenali dengan Maidan Hussain, digegarkan dengan letupan dua bom tangan dan menyebabkan satu jiwa terkorban. Saya tidak mengikuti berita ini, namun apa yang saya tahu, tiga suspek ditahan.

Begitu juga yang terbaru, katanya giliran Ramsis pula. Saya dengar landasan Metro bawah tanah dibom, ada juga kata, landangan keretapi, saya tidak tahu dan berita ini tidak sekecoh berita Khan Khalili dibom. Betul atau tidak, saya pun tidak tahu.

Namun, apa pun yang berlaku, marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah memelihara Al-Azhar dan para pelajarnya dari sebarang musibah.

ADMIN

Sepanjang hidup dan sehingga mati, kita akan berdepan dengan pelbagai riak wajah dan perangai manusia disekeliling kita. Sama ada kita mengenali mereka atau pun tidak. Dan, antara hakikat yang perlu kita akur ialah, kita tidak akan sesekali dapat memuaskan hati orang lain.

Mungkin kita sentiasa memuhasabah diri, adakah kita mempunyai musuh? Adakah kita terkadang-kadang over acting sehingga ada orang meluat? Semuanya susah untuk dinilai oleh diri sendiri.

Tahun ini, saya dilantik menjadi admin kepada laman blog rasmi BKPJM. Saya hanya admin. Tugas admin ialah memastikan berita atau maklumat yang diberi, dimasukkan di dalam blog untuk hebahan ahli. Buat berita, atau yang seumpamanya bukan tugasan admin.

Tapi, saya agak pelik dan kadang-kadang nak ketawa, ada sahaja yang masukkan komen mereka dalam shoutmix dalam blog marah-marahkan admin. Lagi kelakarnya, marahkan kerana hal-hal remeh, seperti tiada gambar, dan macam-macam hal kecil yang lain. Lagi bertambah pelik, apabila saya memeriksa alamat IPnya, sama dengan IP saya dan kawan serumah saya.

Namun, itu bukan masalah dan saya tidak terjejas apa-apa pun. Sekadar marah-marah dalam shoutmix dan tidak memperkenalkan diri siapa, hanya seperti budak-budak. Apa yang penting, saya mengharapkan doa daripada kawan-kawan agar Allah memelihara diri saya daripada sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemarahan orang.

SIDANG DUN DI BAWAH POKOK

Teringat saya akan cerita lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramli, Laksamana Do Re Mi yang mana, tatkala tiba di negeri Pasir Berdengung ( kalau tidak silap ), kerajaan digulingkan oleh tentera Pasola dan Raja serta kerajaan hanya berdeduh di bawah sebatang pokok.

Perak, lebih kurang begitulah ceritanya cuma perak tidaklah seperti padang jarak padang terkukur dan rajanya masih lagi di dalam istana. Kerajaannya sahaja yang bersidang di bawah pokok. Agak-agaklah, siapa Pasola di Perak?.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

0 fikrah:

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN