Wednesday, October 01, 2008

My New ecer Extensa 5620 & Lexmark All In One Colour Printer

بسم الله الرحــــــــمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجـــمعين وأما بعد

Alhamdulillah, setelah lama tidak mengisi seuatu dalam blog ini, saya cuba-cuba juga untuk mencari apakah entry yang boleh diisi sebagai "topik baru" dalam blog saya. Maklumlah, sebagaimana yang telah saya nyatakan dulu, saya bukan seorang penulis dan memang susah untuk menjadi seorang penulis. Namun saya gagahkan juga untuk menulis agar blog saya ini tidak dipenuhi sesawang maya kerana lama terperap.

Saya mahu bercerita mengenai laptop atau komputer riba. Ramai azhari dan azhariah kini mula mengidamkan laptop. Jika bertanya pada sahabat-sahabat kita yang belajar di universiti tempatan mengenai kepentingan mereka memiliki sebuah laptop, meraka pastinya akan menjawab, " susah jika tiada kerana assingment banyak kena buat".

Namun, jika ditanya pada pelajar Al-Azhar, jika dijawab, " ana banyak buku hendak diterjemah" atau " ana ada banyak tajuk untuk ana buat kertas kerja" atau yang seumpama dengannya, Alhamdulillah, inilah dia ulama "in the making" yang bakal merubah masa depan malaysia. tetapi, jika orang macam saya ni, sekadar suka-suka, apakah faedahnya? Namun, bukan itu persoalannya, yang penting saya juga hendak memiliki harta sendiri dan semua orang inginkan harta.

Baru-baru ini saya membeli harta sendiri. sebuah komputer riba jenama Ecer Extensa 5620 dan sebuah printer beserta Scanner (All In One Colour Printer) jenama Lexmark. komputer riba dengan harga LE 4220, baru, dan printer LE 175.00, terpakai yang dijual oleh sahabat saya Khairul Anwar Isnin, Tanta. Ok la, baru guna tidak sampai setahun, masih cantik dan seperti baru.

Mengenai laptop saya, saya mencari sehingga ke Bustan, Tahrir. Saya membandingkan harga dan aplikasi yang saya mahu. Dua bulan lamanya untuk saya membuat keputusan. Banyak yang menarik tetapi mahal dan saya terpaksa menolaknya. Banyak juga yang murah tetapi aplikasinya pula saya tidak minat, pun saya tolak. Memang susah membuat pilihan.

Akhirnya, saya menjumpai sebuah laptop yang jenamanya sama dengan jenama laptop saya yang telah saya jual, iaitu ecer, model Extensa 5620. Harganya LE 4000 genap. Aplikasinya pun memuaskan hati saya iaitu ;
Prosessor Intel Core 2 Duo T5750 (2.0 GHz, 662 MHz FSB, 2 MB L2 Cache), 15.4' LCD CrystalBrite . Mobile Intel Graphics Media, 2 GB DDR2 REM ( saya dah upgrade menjadi 4 GB ), 250 GB HDD
Oleh karana saya dah upgrade REM dari 2 GB asal kepada 4 GB, saya perlu menambah LE 220 lagi. Harga asal REM 230, dapat la potongan LE 10 ( macam banyak la kononnya ).

Mengenai scanner pula, saya mencari disetiap kedai. Rata-rata hargahnya LE 300 ketas. Saya pelik macam mana kawan saya yang di Tanta tu boleh dapat harga LE 250 untuk printer sekali ngan scanner. Saya tidak jumpa pun harga semurah itu, yang saya jumpa, paling murah LE 350. Saya mula give up. Satu malam, saya chatting dengan kawan saya tu, saya pun cerita la yang saya dah give up, dia pun offer, "enta beli dengan ana je la..." haa...saya pun mulakan sesi tawar menawar. Akhirnya, saya bersetuju dengan harga LE 175.00.

Ada orang cakap, kalau nak beli scanner, biar scanner sahaja, printer, printer sahaja. Ada juga yang cakap scanner dengan printer ini tidak bagus kerana cepat panas?!! ( elee...macam tau je...) Alasan kedua tu, saya tolok, kerana tidak releven, tatpi yang pertama tu, saya akui. Namun, saya akan beli secara berasingan jika saya ini mungkin seorang pembuat kartun atau animasi untuk ditayangkan kepada umum atau saya seorang designer yang memerlukan resolusi tinggi pada scanner. Tetapi, saya hanya guna untuk scan gambar dalam bahan-bahan tertentu sahaja. Maka, kita beli mengikut kesesuaian. :)




dan ini pula Lexmark All In One Colour Printer, ia beserta scanner

Tuesday, July 08, 2008

Petua-Petua Berfaedah Untuk Kita Bersama

بسم الله الرحـــمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
وأمــــا بعد

Al-Hamdulillah, bersyukur saya kepada Allah swt kerana masih lagi berikan kesempatan untuk menulis kembali setelah beberapa lama dalam keadaan "malas". Sesungguhnya ilmu itu milik Allah dan saya mahu kita bersama-sama berkongsi ilmu demi mengharapkan keredhaan Allah.

Keberkatan dalam menuntut ilmu jangan diambil ringan. Dengan ilmu yang berkat sahaja disamping keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang akan memandu kita dalam mendepani tohmahan globalisasi sebagai individu muslim berhemah dan berdedikasi tinggi. Tanpa keberkatan pada ilmu, tidak mustahil untuk kita pandai dan berjaya tetapi berjayanya kita sebagai satu "istidraj" daripada Allah kepada kita untuk memfitnah kita kembali di akhirat kelak.

Di dalam entri saya yang lepas, saya telah menyatakan sedikit mengenai kepentingan berkat dalam ilmu. Kini saya ingin berkongsi bersama anda sedikit ilmu Allah mengenai beberapa petua bagaimana untuk memperolehi ilmu yang banyak dan berkat.

Antara petuanya ialah ;

Pertama ;

Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Bersabda nabi kita Muhammad saw ;

الحـــكمة ضالة المؤمن أينما وجدها أخذها

Ilmu itu umpama barang orang mukmin yang hilang, dimana sahaja jumpa, ambillah ia

Kedua;

Ditanya Ibnu Abbas : Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak? Maka jawabnya : banyak bertanya.
Imam Abu Hanifah menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat di kedainya.

Ketigaa;

Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.

Keempat ;

Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan menyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

Kelima ;

Sentiasa memohon hidayah dari Allah dengan berdoa.

Keenam ;

Sentiasa memoho perlindungan dari Allah dari sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Maksud sabda nabi Muhammad : Penyakit yang paling buruk adalah penyakit bakhil.

Ketujuh ;

Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta kerana nabi bersabda yang bermaksud : Jauhkanlah tamak kerana tamak itu fakir.

Kelapan ;

tentukan masa mengulangkaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

Kesembilan ;

Mengulangkaji pelajaran hari ini dalam empat atau lima kali semalam atau sebelum malam tiga kali.

Kesepuluh ;

Elakkan bosan dan berhenti mengulang kaji. Sikap bosan akan membinasakah. Jauhilah juga fitnah kerana fitnah itu meruntuhkan tamadun.

PENYEBAB LUPA

1. Buat maksiat.
2. Banyak dosa.
3. Sedih dan risaukan dunia.
4. Terlalu sibuk dengan hal-hal dunia.
5. Memakan makanan yang masam / diperam hingga masam seperti jeruk.
6. Membaca tulisan kubur.
8. Menyusup bi bawah sambungan tali unta.
9. Campak kutu hidup di atas tanah.
10. Berbekam di lubang tengkok.
11. Makan daun ketumbar basah.
12. Memandang orang yang kena sula.
13. Kuat tidur.
14. Tidak mengulangkaji.
15. Malas.

PENUTUP REZEKI DAN PENDEK UMUR

1. Membuat maksiat.
2. Suka berbohong.
3. Mengamalkan tidur selepas subuh.
4. Banyak tidur.
5. Tidur dalam keadaan bogel.
6. Buang air besar atau kecil dalam keadaan berbogel.
7. Makan dalam keadaan junub.
8. Meremeh-remehkan makanan yang jatuh.
9. Menyapu rumah dengan tuala dan pada waktu malam.
10. Membiarkan sampah dalam rumah.
11. Berjalan depan orang tua-tua.
12. Memanggil ibu bapa dengan nama meraka.
13. Duduk di atas bendul pintu rumah.
14. Bersandar di daun pintu rumah.
15. Berwuduk dalm jamban.
16. menjahit pakaian atas badan.
17. Mengelap muka dengan baju yang sedang dipakai.
18. Membiarkan sarang labah-labah di rumah.
19. Cepat kelaur masjid selepas solat subuh.
20. Berpagi-pagi kepasar.
21. Menyikat rambut dngan sikat yang patah.
22. Tidak mendoakan ibu bapa
23. Memakai seluar sambil berdiri.

Inilah antara petua yang saya ingin kongsi bersama. Semoga kita bersama-sama berjaya dengan ilmu yang berkat.

Thursday, June 26, 2008

Keperluan Pada Ilmu Yang Berkat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحـــمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين

Ilmu merupakan elemen terpenting dalam proses membangun jiwa da masyarakat. Diibarat umpama sebuah pelita yang cahayanya menjadi penerang kegelapan malam gelita. Tanpa ilmu pengetahuan di jiwa, akan pincanglah diri, hancurlah masyarakat dan kebudayaan kini tidak akan wujud.

Zaman kini, zaman kemajuan dimana kebendaan menjadi ukuran kepada kebijaksanaan sesuatu bangsa atau individu. Perbatasan dunia tanpa sempadan atau dunia dihujung jari memberikan gambaran jelas mengenai evolusi ilmu pengatahuan manusia kini. Seseorang itu sudah bleh dikategorikan sebagai ketinggalan zaman dengan hanya tidak tahu aplikasi internet sahaja. Hal ini menjadikan saingan kemajuan melalui evolusi dahsyat ilmu pengetahuan dalam segenap bidang sebagai ukuran kematangan dan kemajuan.

Namun kini, ilmu yang dicari dan diaplikasikan hanya ilmu cabangan dunia. Tidak ramai yang benar-benar maju dan mahir mengaplikasikan ilmu asas Islam seperti Feqah, Usuluddin dan sebagainya. Penuntut ilmu agama cukup ramai. Lihat sahaja pelajar Universiti Al-Azhar, setiap tahun dipenuhi akan penuntut baru daripada Malaysia khasnya dan merata dunia amnya.

Berbekalkan dengan ramainya graduan Al-Azhar, maka sepatutnya kita kurang merasa risau akan masalah ummah kini kerana setiap tahun, ribuan graduan jurusan Islam pulang kepangkuan masyarakat untuk memberikan penawar jiwa. Namun, sebaliknya berlaku kini. Ini kerana, KEBERKATAN itu kurang diambil kira oleh kita pelajar agama.

Berkata Al-Alim Syeikh Rabbani Syeikh Zarnuji dalam kitabnya “Ta’lim Al-Muta’allim Toriq At-Ta’lum” : Sesungguhnya aku telah melihat betapa ramainya penuntut ilmu pada zaman ini belajar bersungguh-sungguh tetapi tidak memperolehi manfaat dan berkat. Ini kerana mereka telah meninggalkan beberapa syarat menuntut ilmu. Dan sesiapa yang mengabaikan syarat-syarat menuntut ilmu, maka ilmunya tidak akan berhasil…

Benar sekali kata Syeikh Zarnuji. Ramai pelajar yang sungguh rajin dalam proses menuntut ilmu. Tidak lekang tangannya daripada nota-nota dan sebagainya demi memastikan keputusan peperiksaan yang keluar nanti menjanjikan kecemerlangan kepada dirinya. Namun, adakah kita mengambil berat mengenai keberkatan ilmu kita melalui disiplin dan etikanya. Marilah kita sama-sama menerokai serba sedikit mengenai cara untuk mendapatkan ilmu yang berkat.

MENGAPA PERLU BERKAT?

Berkat membawa maksud bahagia dan manfaat. Islam sangat mementingkan keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kerana hanya dengan keberkatan datangnya ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan sebenar di dunia dan di akhirat.

Firman Allah swt

ولو أن أهل القرى آمنوا والتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض

“ dan sekiranya penduduk negeri (manusia) beriman dan bertaqwa nescaya kami buka pintu keberkatan dari langit dan bumi “
Surah Al-Akraf:96

وهذا كتاب أنزلناه مبارك فاتبعوه

“ inilah kitab (Al-Quran) yang kami turunkan untuk diamalkan. Ianya kitab yang penuh keberkatan maka patuhilah isi kandungannya”
Surah Al-An’am:155

Rasulullah saw pernah mendoakan Abu Sulaiman dan Ummu Sulaim dengan doa ;

بارك الله لكما

“ semoga Allah memberkati kamu berdua”

Di dalam doa qunut antaranya ;

وبارك لنا فيما أعطيت

“dan berkatilah ktas kami ( Ya Allah ) segala apa yang Engkau berikan”

Jelaslah kepata kita, betapa keberkatan pada ilmu itu perlu ada jika kita mahu ilmu yang sempurna yang boleh memberikan manfaat dan kebahagiaan pada diri, keluarga dan masyarakat. Sesungguhnya perkataan berkat dalam kamus kehidupan barat. Kerana inilah kehidupan mereka sentiasa sesat dan didalam kegelapan nyata walaupun mereka maju.

Golongan kristian dan yahudi mencapai kejayaan kebendaan yang ketara namun mereka sentiasa membuat kerosakan di atas bumi Allah dan dikutuk oleh Allah di dalam Al-Quran. Inilah tanda kehidupan yang tidak diberkati Allah taala, firman Allah taalah di dalam surah Al-Maidah ayat 78 yang bermaksud ;

“ telah dilaknati mereka yang kafir dikalangan Bani Israil di atas lidah Daud dan Ibnu Maryam (kerana menderhaka kepada Allah)


ILMU YANG MESTI DIPELAJARI

Menuntut ilmu adalah wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan. Maksud firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 122 ;

“ Hendaklah keluar sebahagian sahaja dari kamu pergi berperang dan yang tinggal hendaklah menuntut ilmu secara mendalam supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila pulang kepadanya”

Ini membawa maksud, menuntut ilmu itu wajib kepada umat Islam. Dengan ini, kita wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Sekiranya ummat Islam sentiasa leka dan malas, ia akan membawa kepada kemurkaan Allah kerana ingkar perintahNya dan ummah akan mundur.

Ilmu yang wajib dituntut adalah ilmu dunia dan kahirat yang membawa kepada kebahagiaan serta kemajuan dunia dan akhirat.

Friman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77 ;

وابتغ فيما آتاك تااه الدار الأخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا

“dan rebutlah ganjaran yang Allah sediakan di akhirat dan jangan lupa nasib kamu di dunia”

Nabi saw bersabda yang bermaksud ;

“sesiapa keluar mencari ilmu Allah, akan dipermudahkan baginya jalan kesyurga”
( riwayat At-Turmizi)

“ Barang sesiapa yang inginkan dunia, maka dia mesti berilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka dia mesti berilmu dan brangsiapa yang mahukan dunia dan akhirat, maka die mesti berilmu”

MULIAKAN GURU, ILMU DAN RAKAN

Antara perkara utama untuk memastikan keberkatan ilmu itu kita dapat, kita perlukan memuliaka guru, ilmu dan rakan.

1. Memuliakan guru

Berkata saidina Ali : Aku adalah hamba kepada orang yang mengajarku walaupun satu huruf.

Berkata Ulama : Seseorang akan sampai apa yang diusahakan apabila memuliakan guru dan akan gagal dalam mencapai cita-cita apabila kita memuliakan guru.

Berkata Imam Sadiduddin As-Syirazi : Telah berkata guru-guru kami : sesiapa yang inginkan anaknya alim (berilmu) hendaklah memuliakan orang alim, sekiranya anaknya tidak alim, cucunya akan alim dan seterusnya.

Antara adab terhadap guru

1. Dengar dengan khusyuk pengajarannya walaupun diulangi sehingga 1000 kali
2. Rujuk kepada guru di dalam memilih ilmu.
3. Jangan duduk berhmpiran dengan guru (kecuali darurat).
4. Elakkan berakhlak buruk di hadapan guru kerana ia umpama anjing.
5. Jangan berjalan dihadapan guru (kecuali darurat)
6. Jangan duduk di tempat guru (kecuali darurat)
7. Jangan banyak bercakap di sisinya
8. Jangan bertanya kepada guru ketika mana dia penat. Pilihlah waktu yang sesuai.
9. Jangan ketuk pintunya berkali-kali. Sabar hingga dia dating berjumpa kita.
10. Muliakan anak-anak guru.
11.Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Kalai terlalu sibuk jangan tidak menghubunginya lebih 100 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
12. Bersalaman dn cium tangannya sebagai tanda hormat.
13. Sentiasa mendoakan guru selepas setiap solat.

2. Memuliakan Kitab.

Antaranya;

1. Pastikan kita berwuduh semasa memegang kitab.
2. Jangan mengadapkan atau melunjurkan kaki kearah kitab.
3. Menyusun kitb mengikut susunan seperti, Al-Quran teratas, diikuti kitab tafsir bi bawahnya, kitab haids di bawahnya dan seterusnya.
4. Jangan letak kitab ditempat yang hina contohnya di bawah katil, di tempat kasut, diselitkan di bawah ketiak, dibuang dalam tong sampah dan lain-lain.
5. Jangan letak sesuatu di atas kitab.
6. Cantikkan tulisan dalam kitab.
7. Jangan menulis menggunakan pen berdakwat merah kerana itu amalan ahli falsafah
8. Pegang kitab dengan tangan kanan.
9. Jangan biarkan kitab terbuka setlah siap membaca.

3. Memuliakan Rakan

Muliakanlah rakan-rakan kita yang sama menuntut ilmu dengan kita. Sayangi mereka dan sentiasa berlemah lembut kepada mereka supaya kita mendapat faedah dari mereka. Maksud sabda nabi saw

“ Sesiapa yang tidak menghormati orang dia tidak akan dihormati”

Hindarilah sikap berpura-pura kasih dan baik terhadap rakan. Orang yang berpura-pura hatinya gelap dan susah mendapat ilmu.

Inilah seba sedikit panduan untuk kita mendapat keberkatan ilmu yang boleh saya berkongsi bersama rakan sekalian, Bersamalah kita menjayakan misi mengislah ummah dengan memastikan ilmu yang kita perolehi bersama keberkatan Allah.

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN