Friday, January 16, 2009

Windows Vista & Crack

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وكفى والصلاة والسلام على رسول الذي مصطفى وعلى آله وأصحابه ومن اهدى وأما بعد

Bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana memberikan segala bentuk nikmat dan pertolongannya kepada saya dan semua insan di dunia.

Windows adalah satu sistem operasi yang biasa digunakan untuk setiap kerja yang menggunakan peranti komputer. Selain windows, ada juga yang menggunakan Linux. Mac dan sebagainya. Namun, aplikasi OS windows amat popular yang digunapakai kini.

Apa yang saya mahu kongsi bersama ialah, pengaktifan Windows Vista.

Sedikit maklumat mengenai windows ini. Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian (OS) Microsoft Windows. Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8 November 2006 dan dilancarkan oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007. Windows Vista mempunyai antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya, Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama rasminya pada 22 Julai 2005. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas perkenalan, Windows XP, menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft Windows. Namun, Windows Vista mempunyai kapasiti fail yang agak besar dan keperluan asas ruang dalam HDD untuk windows sahaja sebesar 12g.

Edisi Windows Vista seperti berukut ;

Windows Vita Starter Edition
disasarkan kepada komputer berspesifikasi rendah untuk meningkatkan kadar celik IT terutamanya di kawasan pedalaman serta didapati dalam beberapa bahasa tempatan seperti versi Bahasa Melayu (Windows Vista Starter Edition bahasa Melayu masih belum dilancarkan buat masa ini) Versi Starter Edition tidak dilengkapi antaramuka Aero.
Windows Vista Home Basic
Untuk pengguna komputer rumah yang hanya sekadar melepasi keperluan minima Vista Capable dan menggunakan komputer untuk tugasan asas sahaja. Versi Home Basic juga tidak dilengkapi antaramuka Aero.

Windows Vista Home Premium
untuk sebahagian besar pengguna komputer rumah.
Windows Vista Enterprise
untuk perniagaan berskala kecil yang menyertai program Microsoft Software Assurance.
Windows Vista Business
disasarkan untuk semua jenis perniagaan.
Windows Vista Ultimate
merangkumi kesemua ciri-ciri yang terkandung dalam edisi Home Premium dan Business, disasarkan kepada pengguna komputer yang berkuasa tinggi.
Namun, harga untuk CD Windows Vista yang asli amat mahal. Sepengalaman saya berada di Mesir, saya pernah bertanya harga untuk sekeping CD Windows Vista Home Premium SPI, berharga LE 1800. Cukup mahal.

Kenapa perlu asli (genuine)? Perlu kerana antaranya, windows akan sentiasa menerima Update yang tertentu dan ia penting bagi memastikan, kelancaran operasi windows kita stabil dan bertahan lama.

Namun kini, ramai diantara kita yang memperolehi perlbagai versi windows dengan memuat turun (download). Namun, Windows Vista, akan dilengkapi dengan Activation Key dan akan Valid selama 30 hari dan selepas itu, windows akan mudah hang dan memerlukan kunci pengaktifan.

Saya juga berjaya memuat turun Windows Vista Ultimate SP II yang saya gunakan kini. Namun, selepas saya install, ia memerlukan kunci pengaktifan selepas 3o hari. Namun, Al-Hamdulillah, saya berjaya memperolehi crack untuk versi vista. Selepas tiga kali gagal dan tiga kali saya setup semula laptop saya, Al-Hamdulillah, ia berhasil dan windows saya kini aktif dan boleh menerima Windows Update secara automatik.

Maknanya, crack juga boleh dimuat turun dari mana-mana laman tertentu cuma, adakah ia sesuai atau boleh digunapakai oleh sistem operasi yang kita gunakan kini? Pengalaman saya, untuk mencari crack ini sahaja hampir tiga jam saya berada di depan komputer dan setelah tiga kali saya install windows secara berturut-turut kerana, crack yang saya gunakan tidak sesuai dan windows saya gagal beroperasi setelah mana restart.

[ klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas ]
Ini hasilnya setelah berjaya (al-hamdulillah) install crack bagi windows vista yang saya guna kini.
Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan link untuk memuat turun Windows Vista Ultimate SPII dan di sini untuk mendapatkan crack tersebut.
Untuk menginstall crack ini, anda dinasihatkan agar backup semua data yang penting di dalam komputer anda untuk mengelakkan data tersebut hilang akibat windows anda gagal berfungsi kerana crack yang tidak sesuai.

Semoga informasi serba kekurangan ini, dapat membantu anda yang menggunakan Vista yang memerlukan kunci pengaktifan (Activation Key). Doakan kejayaan bersama sempena peperiksaan semester ini.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

Thursday, January 15, 2009

Blog, Blogger, Blog Rosak

بسم الله الرحـــمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشــرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصـــحابه أجمعين وأما بعد

Al-hamdulillah, akhirnya, siap juga saya membina kembali laman blog peribadi saya yang mana, blog asalnya "rosak". Syukur juga kerana, biasanya, saya mengambil masa dua hari untuk membina blog, namun, setelah hampir sekian kalinya blog saya "bermain-main" dengan kod-kod, akhirnya, untuk kali ini, saya mengambil masa hanya enam jam.

BUKAN MUDAH

Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya bagi saya yang sememangnya tidak begitu mahir dalam bidang ini untuk memanipulasikan kod-kod blogger yang sedia ada. Walaupun, untuk membina tapak laman atau template, ada disana disediakan laman-laman tertentu untuk kita memilih tapak laman yang menarik seperti di pyzam.com, final-sense.com dan sebagainya, namun, saya lebih berminat menggunakan tapak laman (template) yang disediakan oleh blogspot ini dan saya ubah sendiri mengikut citarasa saya. Sepengalaman saya, tapak "denim" yang kini saya gunakan dan tapak "minima white" agak mudah untuk kita ubah sedikit seperti sisipan tepi (side bar), asalnya hanya satu, kita boleh buat lebih daripada satu. Tidak dinafikan, semuanya boleh, namun, sepertimana yang saya katakan tadi, dua tapak seperti yang dinyatakan itu bagi saya, agak mudah.

NAK JADI BLOGGER

Lagi satu, jika kita sebut laman web peribadi samaada blogspot atau mana-mana laman lain berbayar mahupun tidak, saya fikir, semua orang teruja dengan adanya laman sendiri. Tidak kira samaada saya sebagai seorang pelajar, atau sesiapa pun dia, peniaga, usahawan , ahli politik dan lain-lain, semua mahu bina laman maya peribadi.

Tidak salah sekiranya saya gunakan skala daripada satu hingga sepuluh, boleh dikatakan lapan daripada rakyat malaysia tidak kira umur dan profesyen ada laman maya peribadinya. Namun, apa yang susah bagi saya ialah, untuk terus komited sebagai seorang blogger dari segi pengeditan dan pembaharuan dari semasa kesemasa terutamanya, bagi blogger yang blognya menjadi tumpuan ramai samaada sumber berita, bahan rujukan ilmiah dan sebagainya, perlu sentiasa peka dan prihatin mengenai blog atau lamannya.

BLOG ROSAK

Sebenarnya, bukanlah saya ni terlalu rajin sangat nak mengedit blog. Tetapi sebabnya ialah, saya mahu mengubah beberapa bahagian tertentu dalam blog lama saya. Tetapi malangnya, setelah beberapa kali membuat pengeditan, tiba-tiba saya sendiri "blur" dengan kod-kod blogger yang saya sendiri ubah.

Saya tidaklah terus membuat blog baru kerana saya serik untuk buat blog ni kerana walaupun tidak perlu bagun kesana dan kemari, hanya duduk di atas kerusi dan jejemari memain "mouse" dan "keyboard", namun, membina blog ni, memang cukup memenatkan. Saya dengan tekun, cuba membaiki kembali kod-kod yang telah saya sendiri gondam dengan harapan agar ia kembali seperti sediakala, tetapi akhirnya, saya bertambah keliru kerana kod-kod terebut, jika saya mahu "save", ada sahaja "eror" yang muncul. Ah...saya mula berangin satu badan, saya shut down laptop saya, dan tidur.

BLOG INSPIRASI

Walaupun saya tension tahap dewa, namun, rasa "sayang" pada blog yang lama tiba-tiba datang. Bukan apa, untuk bina blog-blog saya sebelum ini, saya melibatkan jasa beberapa abang seniur saya antaranya Ustaz Zaki Md Noor dan Ust Akmal. Mereka berdua memang banyak berjasa pada saya walaupun metod mereka berdua mengajar saya mengenai blogspot berbeza.

Kalau Ust Akmal, dia lebih suka tunjuk sekali lalu dan hanya memberikan klu sahaja untuk membuat sesuatu. Jadi, pandai-pandailah saya mencari caranya sendiri. Tidak dinafikan juga Ust Akmal ada juga tunjuk beberapa perkara secara satu persatu. Ust Zaki pula, boleh kata "mahaguru" blog pada pelajar-pelajar Johor di Wadi Al-Nil ini. Mana tidaknya, sebut sahaja masalah mengenai blogspot, secara spontan sahaja, dia boleh jawab. Ust Zaki juga caranya, dia memang suka tunjuk satu persatu tapi dengan syarat, rajin-rajinlah bertanya dengannya, baru dia akan tunjuk.

Tak mengapalah, kembali pada cerita, saya pun selepas pulang dari rumah kawan di Musallas, selepas solat Isyak, saya terus "melekat" atas kerusi dan terus menggondam kembali kod baru untuk membina laman blog baru saya.

Mengenai blog aspirasi, saya mendapat idea mengenai cara saya bina laman ini melalui blog ini. Harapannya, tuan punya blog, jangan cakap menciplak hasil kerja pula, nampak sahaja sama, tetapi tidak serupa. Saya gunakan beberapa kemahiran yang saya ada untuk mengubah suai beberapa kod dan sedikit kemahiran adobe dan swish untuk menghasilkan laman ini.

DEDIKASI

Walau apa pun, saya masih lagi "mentah" dalam bidang ini. Saya sebenarnya banyak terhutang budi kepada nama-nama yang saya sebutkan tadi dan saya juga berterima kasih kepada Ust Faiz Abidin, Ust Fairuz Tamjis, Ust Asmuni Abdullah dan beberapa nama lagi yang tidak dapat saya sebutkan. Harapan saya, janganlah jemu mengajar saya walaupun saya ini, memang agak lambat dalam memahami sesuatu. Allah sahaja yang layak membalas.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه وسلم

Wednesday, January 14, 2009

Ragam Peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحــــمد لله رب العالمين والصلاة والســلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصــــحابه أجمــين وأما بعد


Selamat menduduki peperiksaan saya ucapkan kepada seluruh warga Al-Azhar amnya dan ahli bait Tanjung Puteri Khasnya. Semoga Allah memberikan ketenangan jiwa kepada kita untuk sama-sama mengapai misi kejayaan demi masa hadapan yang gemilang.

Biasanya, kalau kita semua berada dalam fatrah peperiksaan terutamanya jika dalam tempoh masa terdekat peperiksaan, kebanyakkan rutin harian akan berubah. Daripada yang suka tidur dari pagi hingga ke pagi hari berikutnya akan mula mengurangkan tidurnya kepada dua atau empat jam sahaja. Ada juga yang sememangnya ulat buku, masa-masa begini, akan bersama bukunya sahaja dan hanya berhenti untuk solat dan makan sahaja, mungkin tidur sebentar. Dan macam-macam lagi lah.

STUDY

Berlainan dengan saya pada tahun ini. Pada sesi pembelajan kali ini, al-hamdulillah, ahli bait saya suka study beramai-ramai diruang tamu. Walaupun subjek yang berlainan dan jika sama pun, tahun kuliah yang berlainan, tetapi semangat untuk belajar terserlah. Sekurang-kurangnya, ia memberikan semangat atau dorongan untuk saya turut serta seperti mereka kerana, dalam lapan orang ahli bait Tanjung Puteri, saya seorang sahaja yang ganjil kerana, suka tidur.

Insyaallah, saya akan usaha juga kerana kertas pertama saya untuk semester ini, 20 Januari akan datang.

MASAK

Saya mula berfikir, saya hendak mengurangkan makan. Bukan beerti saya ini kuat makan, badan sahaja berisi, tetapi makan sekadar perlu sahaja. Cuma apa yang merunsingkan saya ialah, ahli bait saya selalu berpuasa. Bukan puasa sunat, apatah lagi fardhu, tetapi, jenis "rajin" nak memasak.

Jika sebelum ini, setiap hari, ada sahaja lauk pauk yang terhidang walaupun selalunya, sarapan bagi kami jam 12 tengahhari dan makan tenggahhari pula jam 5 petang. Tidak mengapalah, yang penting ada yang masak dan pastinya kami akan makan. Tetapi, sebaliknya yang berlaku.

Ada juga dua orang ahli bait saya, Awang dan Abu (bukan nama sebenar), mereka ada satu program khas yang dinamakan "Program Membuluh". Difahamkan, mereka ada jadual tertentu dan jenis diet yang perlu diamalkan untuk memastikan mereka akan turun berat badan sasaran 5 KG dalam masa sebulan ini.

Namun saya, saya tidak boleh macam itu. Bila saya rasa nak makan, saya akan makan. Tapi, inilah fenomena yang mungkin akan berkahir selepas Universiti Al-Azhar menamatkan peperiksaan untuk semester ini.

TAK BALIK RUMAH

Kesian saya dengan seorang teman saya. Sejak kebelakangan ini, dia kurang berada dirumah. Katanya, study bersama rakan ditempat lain. Tidak apalah, asalkan study. Cuma, jika sejam di rumah, tiga atau empat hari lagi baru akan jumpa dia di rumah. Rindu pula rasanya. Tapi, mungkin ada hikmahnya, kerana, dia ini suka membebel (gurauan imtihan).

Dan seorang lagi pula, dia ini, ada sahaja di rumah, tetapi, banyak menghabiskan waktu di "bawah rumah". Mungkin bosan agaknya dan mungkin juga dengan alasan yang sama, study. Lagi seorang, study dirumah temannya di satu kawawan di Hayyu 10.

Jadi, mereka ini, jaranglah saya jumpa di rumah kecuali yang di bawah rumah.

FILEM HINDUSTAN @ DATUK SHAHRUKH KHAN

Walaupun dalam susasa "demam peperiksaan", filem atau movie tertentu tetap menjadi kewajiban untuk dicopy atau download. Filem melayu, carekarama, Holleywood, Bolleywood, lagi menarik, filem-filem Jepun dan Korea sama ada seepisod atau berantai, semuanya dilayan.

Tidak ketinggalan kami untuk menonton filem baru selesai download lakonan Datuk Shahrukh Khan. Memang, periksa, periksa juga, tapi, hindustan tetap layan.

Memang seronak. Sebab ramai pentaklik cinta di rumah saya ini. Dan kebetulan pula, filem ini mengisahkan cinta seorang wanita yang hampir berkahwin dengan pasangan pilihannya terpaksa menelan pahit hempedu ujian hidupnya apabila pasangannya meninggal dunia dalam kemalangan dihari perkahwinannya. Wanita itu terpaksa mengahwini lelaki lain yang tidak pernah dicintainya.

Seronoknya apa, bukan filemnya, tetapi beberapa pentaklik cinta tidak bertauliah akan mentaklik setiap scene dalam filem ini. Memang seronok. Kalau nak ceritanya, datanglah ke Villa Tanjung Puteri.

Jadi, macam-macam gelagat sebenarnya yang saya dapat lihat. Tetapi apa-apa pun mereka inilah ahli bait saya dan kalau saya susah, merekalah orang pertama yang akan saya minta pertolongan.

UNTUKMU

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir ke 24 kepada sahabat saya juga sahabat serumah saya, Sufi Bin Jamian. Doa kami agar panjang umur dan murah rezeki. Maaf tahun ini kami tidak sempat nak sediakan kek tapi insyaallah, ada masa, aku belanja makan. SELAMAT HARI LAHIR.

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN

وصلى على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجـــمعين

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN