Tuesday, July 08, 2008

Petua-Petua Berfaedah Untuk Kita Bersama

بسم الله الرحـــمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
وأمــــا بعد

Al-Hamdulillah, bersyukur saya kepada Allah swt kerana masih lagi berikan kesempatan untuk menulis kembali setelah beberapa lama dalam keadaan "malas". Sesungguhnya ilmu itu milik Allah dan saya mahu kita bersama-sama berkongsi ilmu demi mengharapkan keredhaan Allah.

Keberkatan dalam menuntut ilmu jangan diambil ringan. Dengan ilmu yang berkat sahaja disamping keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang akan memandu kita dalam mendepani tohmahan globalisasi sebagai individu muslim berhemah dan berdedikasi tinggi. Tanpa keberkatan pada ilmu, tidak mustahil untuk kita pandai dan berjaya tetapi berjayanya kita sebagai satu "istidraj" daripada Allah kepada kita untuk memfitnah kita kembali di akhirat kelak.

Di dalam entri saya yang lepas, saya telah menyatakan sedikit mengenai kepentingan berkat dalam ilmu. Kini saya ingin berkongsi bersama anda sedikit ilmu Allah mengenai beberapa petua bagaimana untuk memperolehi ilmu yang banyak dan berkat.

Antara petuanya ialah ;

Pertama ;

Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Bersabda nabi kita Muhammad saw ;

الحـــكمة ضالة المؤمن أينما وجدها أخذها

Ilmu itu umpama barang orang mukmin yang hilang, dimana sahaja jumpa, ambillah ia

Kedua;

Ditanya Ibnu Abbas : Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak? Maka jawabnya : banyak bertanya.
Imam Abu Hanifah menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat di kedainya.

Ketigaa;

Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulang kaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.

Keempat ;

Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan menyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.

Kelima ;

Sentiasa memohon hidayah dari Allah dengan berdoa.

Keenam ;

Sentiasa memoho perlindungan dari Allah dari sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Maksud sabda nabi Muhammad : Penyakit yang paling buruk adalah penyakit bakhil.

Ketujuh ;

Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta kerana nabi bersabda yang bermaksud : Jauhkanlah tamak kerana tamak itu fakir.

Kelapan ;

tentukan masa mengulangkaji. Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.

Kesembilan ;

Mengulangkaji pelajaran hari ini dalam empat atau lima kali semalam atau sebelum malam tiga kali.

Kesepuluh ;

Elakkan bosan dan berhenti mengulang kaji. Sikap bosan akan membinasakah. Jauhilah juga fitnah kerana fitnah itu meruntuhkan tamadun.

PENYEBAB LUPA

1. Buat maksiat.
2. Banyak dosa.
3. Sedih dan risaukan dunia.
4. Terlalu sibuk dengan hal-hal dunia.
5. Memakan makanan yang masam / diperam hingga masam seperti jeruk.
6. Membaca tulisan kubur.
8. Menyusup bi bawah sambungan tali unta.
9. Campak kutu hidup di atas tanah.
10. Berbekam di lubang tengkok.
11. Makan daun ketumbar basah.
12. Memandang orang yang kena sula.
13. Kuat tidur.
14. Tidak mengulangkaji.
15. Malas.

PENUTUP REZEKI DAN PENDEK UMUR

1. Membuat maksiat.
2. Suka berbohong.
3. Mengamalkan tidur selepas subuh.
4. Banyak tidur.
5. Tidur dalam keadaan bogel.
6. Buang air besar atau kecil dalam keadaan berbogel.
7. Makan dalam keadaan junub.
8. Meremeh-remehkan makanan yang jatuh.
9. Menyapu rumah dengan tuala dan pada waktu malam.
10. Membiarkan sampah dalam rumah.
11. Berjalan depan orang tua-tua.
12. Memanggil ibu bapa dengan nama meraka.
13. Duduk di atas bendul pintu rumah.
14. Bersandar di daun pintu rumah.
15. Berwuduk dalm jamban.
16. menjahit pakaian atas badan.
17. Mengelap muka dengan baju yang sedang dipakai.
18. Membiarkan sarang labah-labah di rumah.
19. Cepat kelaur masjid selepas solat subuh.
20. Berpagi-pagi kepasar.
21. Menyikat rambut dngan sikat yang patah.
22. Tidak mendoakan ibu bapa
23. Memakai seluar sambil berdiri.

Inilah antara petua yang saya ingin kongsi bersama. Semoga kita bersama-sama berjaya dengan ilmu yang berkat.

KONGSI BERSAMA

RAKAN SEPERJUANGAN